Bekas Finalis Dewi Remaja 1997/98 Berpakaian Tradisional Sarawak di Annapura Base Camp

Share

Namanya tiba-tiba disebut dan menjadi viral kerana berjaya menakluki Annapurna Base Camp (ABC) dengan berpakaian lengkap tradisional Sarawak pada akhir November lepas.

Nancy Maria merupakan seorang bekas finalis Dewi Remaja 1997/98 yang kini sudah pun berusia 42 tahun. Walau bagaimanapun, kecantikan anak kelahiran Sarawak ini masih jelas kelihatan kerana Nancy memang seorang yang aktif dalam melakukan aktiviti-aktiviti sihat.

Berkongsi pengalamannya bersama suami menakluk gunung Annapurna, Nancy Maria mengakui bahawa sudah dua tahun dia mengimpikan untuk menyempurnakan ekspedisi ini. Mula merancang sejak Februari 2019, inilah kemuncak cerita suami isteri ini yang berakhir dengan realiti.

Selepas 6 hari pendakian, mereka tiba di ABC dengan selamatnya. Dengan bangganya wanita ini memakai pakaian tradisional Kaum Kayan, etnik Orang Ulu dari Uma Juman, Belanga Sarawak.

Nancy turut berkongsi foto sepanjang dalam misi pendakian tersebut.





Ternyata memang cantik sungguh pemandangan di gunung Anapura ini. Bagi korang yang nak merasai pengalaman seperti ini juga, Nancy turut berpesan agar kena ready fitness korang sekurang-kurangnya dalam masa 6 bulan. Banyak yang barai, helikopter berulang alik setiap setengah jam. Gerun pun ada melihatnya.

Kami juga berasa kagum melihat lifestyle Nancy yang sememangnya mengamalkan gaya hidup sihat. Moga-moga Nancy berjaya memberi lebih banyak inspirasi untuk anak muda bagi menjalani kehidupan sihat.

Published by
Noor Ain Norman