Rumah yang berada dalam kawasan seluar 0.6 hektar ini merupakan sebuah rumah bersejarah yang mana ia merupakan kediaman tempat tinggal Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia sebaik sahaja beliau bersara sehingga kematiannya pada tahun 1990.
Rumah yang tersergam indah di kawasan yang menghijau ini walau bagaimanapun telah dijual oleh waris Almarhum selepas kematiannya. Dan kini ia dimiliki oleh syarikat swasta.
Rumah dua tingkat dengan enam bilik ini terletak di kawasan Pulau Tikus telah ditawarkan untuk dijual pada harga RM62 juta atau pun disewa dengan kadar RM25 ribu sebulan. Ia telah disenaraikan sebagai telah dibaikpulih dan direnovasi.
Dalam satu laporan oleh Malaymail, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata bahawa bekas rumah Tunku Abdul Rahman merupakan aset negara dan bukan hanya aset negeri. Beliau berharap agar kerajaan mengambil tahu hal ini sementara kerajaan negeri mendapatkan lebih informasi mengenai rumah bersejarah tersebut.
***P/S – Sayang jika bangunan yang menyimpan sejarah seperti ini tidak dijaga dan dipelihara menjadi satu tanda untuk dilihat oleh generasi yang akan datang.
Sumber gambar: Penang Property Angel
Lelaki Ini Kongsi Tutorial Design Resume Guna Powerpoint, Lebih Mudah & Kemas
Bila datang interview tengok calon lain dengan resume yang gempak-gempak mesti rasa rendah diri sebab yang kita punya ni biasa-biasa je.
Memang la bukan 100 peratus bakal majikan akan mengambil anda bekerja dengan hanya melihat pada resume semata, tapi first impression tu kan penting.
Tak perlu guna software yang hebat sangat, cukuplah dengan menggunakan Microsoft Power Point, resume korang pun boleh jadi menarik.
Nak tahu macam mana caranya? Ikuti perkongsian yang telah dibuat oleh Ahmad Syamim Abdul Halim ini.
1. Buka blank page
Buka blank page. Biasanya guna sizing A4 je. Caranya, klik Design > Page Setup > Pilih saiz
2. Tambah kotak warna hitam
Mulakan design daripada atas dan turun ke bawah. Langkah pertama, add box warna hitam sebagai heading. Kemudian, tambah line halus bawah heading hitam mengikut kreativiti masing-masing.
Selepas itu, add name (nama contoh). Langkah keempat, tambah ayat di bawah nama untuk dijadikan Objective, Mission, Overview atau Summary, ikut kesesuaian.
3. Tambah kotak lain sebelah kiri
Create kotak lain pada sebelah kiri untuk letak info side-by-side. Kotak kecil atas untuk gambar, kotak bawah untuk info.
4. Masukkan gambar
Masukkan gambar. Bulat ke, petak ke, ikut kehendak masing-masing.
5. Masukkan info
Kemudian, masukkan info. Ikut keperluan dan kreativiti masing-masing.
6. Info pengalaman
Masukkan info tentang pengalaman bekerja jika ada.
7. Info pelajaran & professional skills
Lagi info. Biar resume nampak padat dan teratur.
8. Tambah footer
Tambah macam footer pula untuk match kan warna biru di sebelah kiri.
9. Header & footer muka surat kedua
Gunakan semula footer tadi sebagai header & footer untuk page kedua. Ikut kreativiti masing-masing.
10. Info tambahan di muka surat kedua
Tambah info secukupnya. Jika page kedua ini pun dapat penuh, memang cantik!
Dah siap untuk first dan second page.
11. Save dalam JPEG
Save dua page yang telah siap tadi sebagai JPEG.
a. Klik Save As
b. Tukar format jadi JPEG
c. Klik Save
Selepas save, buka powerpoint baru, kemudian copy paste gambar JPEG tadi dan letak disebelah-sebelah.
Betulkan saiz lebih kurang. Right click dekat gambar dan pilih Format Picture.
12. Klik 3D preset
Klik 3D rotation, klik presets, klik perspective yang sesuai.
13. Adjust rotation 3D
Masih lagi di 3D rotation, bahagian yang dikotakkan itu, adjust rotation 3D gambar. Biar nampak timbul dan hidup.
14. Klik 3D format
Sekarang, klik 3D Format, tukar width dan height macam falam gambar. Kalau rasa kurang sesuai, boleh try and error width dengan height tu supaya dapat 3D yang terbaik.
15. Pilih special effect
Masih lagi di 3D Format, klik Material, pilih Special Effect yang dikotakkan. Kalau prefer special effect yang lain pun boleh. Ikut kesesuaian.
16. Klik shadow
Selepas itu, klik Shadow. Tukar tiga benda yang dikotakkan itu. Biasanya memang guna 100, 45, 100. Tapi kalau nak try and error supaya jadi lain pun boleh. Dah siap, klik Close.
17. Siap!
Dah jadi 3D. Ini untuk display saja ya. Tak sesuai diberi kepada bos. Tak boleh baca nanti. Ini sesuai untuk korang yang nak belajar editing dengan powerpoint.
Boleh ulang step yang sama untuk second page.
Lepas ni nak minta kerja boleh lagi present resume yang gempak-gempak kan?
10 Theme Park Paling Best Di Malaysia, Idea Untuk Weekend Getaway
Ramai yang mengambil peluang di hujung tahun ini untuk menghabiskan masa bersama keluarga pergi bercuti. Disebabkan pandemik COVID-19, kebanyakan daripada kita mengambil keputusan untuk hanya bercuti di dalam negara sahaja.
Tak perlu pergi sampai ke luar negara untuk mendapat kepuasan bercuti, negara kita sendiri sebenarnya mempunyai banyak taman tema menarik untuk korang kunjungi.
Jom kita lihat antara taman tema yang paling best untuk dikunjungi.
1. A’Famosa Resort
Terletak di daerah Alor Gajah, Melaka, ia bukan hanya menawarkan taman tema air malah kemudahan penginapan seperti hotel, kondotel dan banglo juga disediakan.
Taman tema air A’Famosa dibuka dari jam 11 pagi hingga 7 malam, tutup pada hari Selasa kecuali cuti umum. Kalau Sabtu dan Ahad pula, ia dibuka seawal jam 9 pagi.
2. Lost World of Tambun
Di dalam kehijauan alam, terdapat satu taman tema air yang seringkali menjadi tumpuan pengunjung seluruh negeri. Lokasi bertempat di Ipoh, Perak, Lost World of Tambun juga mempunyai beberapa tarikan lain antaranya seperti Lost World Amusement Park, Lost World Petting Zoo dan banyak lagi.
3. Skytropolis, Genting Highland
Sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan, indoor theme park menawarkan pelbagai tarikan untuk tetamu dari semua peringkat umur!
4. Legoland Resort
Legoland Malaysia Resort menggabungkan LEGOLAND Theme Park, taman tema air dan hotel di satu lokasi yang bertemakan lego. Sepanjang bulan Disember, taman tema ini membawa pelbagai aktiviti sepanjang musim cuti sekolah. Antaranya adalah Cabutan Bertuah Kalendar Advent LEGO dan pengunjung berpeluang untuk memenagi hadiah sehingga RM100,000.
5. Escape Theme Park, Pulau Pinang
ESCAPE Penang menyediakan 40 rides & tarikan menarik – lari bertali & lari berhalangan, ziplines, mendaki, aktiviti menyelam dan Gelongsor Air Tiub Terpanjang Rekod Dunia Guinness.
6. Splash Out Langkawi
Yang pertama seumpamanya di pulau lagenda Langkawi, dikelilingi oleh laut biru, Splash Out Langkawi menampilkan 12 tarikan air untuk membawa korang ke dunia yang penuh keseronokan.
7. Bukit Merah Laketown Theme Park
Beroperasi dari jam 11 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan 10 pagi hingga 7 malam pada Jumaat sampai Ahad, Bukit Merah Laketown mempunyai kira-kira 12 tarikan taman tema air seperti giant bubble slide, sandy beachfront wave pool dan lazy river.
8. Adventure Waterpark Desaru Coast
Berlatarbelakangkan perkampungan nelayan tradisional Malaysia, Adventure Waterpark ialah water coaster pertama di rantau ini dan salah satu kolam ombak terbesar di dunia! Taman tema air ini menampilkan lebih daripada 20 rides, gelongsor dan tarikan, di mana pengunjung boleh mencipta kenangan indah bersama keluarga dan rakan-rakan.
9. Berjaya Times Square Theme Park
Taman tema dalaman terbesar di Malaysia, Berjaya Times Square ialah tempat yang sesuai untuk keluarga berseronok dan bergembira pada hari cuti. Harga tiket serendah RM44 dan korang boleh merasai keseronokan dengan mencuba 12 rides tanpa had.
10. Sunway Lagoon Theme Park
Dibuka pada April 1993, Sunway Lagoon merupakan salah satu taman tema terbesar di Malaysia. Selain daripada pelbagai tarikan gelongsor air dan permainan, Sunway Lagoon banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti istimewa bagi hiburan pengunjung.
Macam mana, dah decide nak bercuti ke mana? Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Korang Tahu Tak Burj Khalifa Ada 3 Zon Berbuka Puasa Yang Berbeza?
Burj Khalifa merupakan mercu tanda Dubai yang juga menara tertinggi di dunia.
Oleh kerana itu, satu fatwa yang dikeluarkan pada 2011 oleh mufti besar Dubai telah mengarahkan mereka yang berada di bangunan tersebut wajib mengubah waktu berbuka puasa bergantung pada tingkat bangunan.
Huh, kenapa pula macam tu?
Disebabkan bangunan Burj Khalifa tu terlampau tinggi, maka terdapat perbezaan dalam melihat waktu matahari terbenam bagi setiap tingkat, iaitu orang pada tingkat bawah akan melihat matahari terbenam lebih awal berbanding individu yang duduk di tingkat atas.
Zon berbuka yang berbeza
Mufti Besar Dubai, Dr Ahmed Al Haddad menerangkan bahawa Burj Khalifa mempunyai ketinggian lebih daripada 828 meter dan mempunyai 160 tingkat dan disebabkan itu, waktu berbuka perlu dibahagikan kepada tiga.
Tiga waktu tersebut bergantung pada waktu matahari terbenam yang dapat dilihat dari tempat tinggal mereka. Selagi tidak melihat sendiri waktu matahari terbenam, mereka tidak boleh berbuka puasa.
Bagi siapa yang tinggal di tingkat bawah, iaitu 80 hingga 150 bermula pada ketinggian 414 meter ke atas, waktu berbuka puasa dilambatkan selama dua minit daripada tingkat bawah.
Sama seperti solat Isyak yang harus dilambatkan dua minit juga. Manakala, waktu solat subuh pula dipercepatkan dua minit lebih awal daripada tingkat bawah.
Untuk mereka yang tinggal lebih daripada 150 tingkat ke atas,iaitu pada ketinggian 800 meter ke atas, waktu berbuka puasa perlu dilambatkan tiga minit berbanding dengan tingkat paling bawah. Begitu juga dengan solat Isyak yang perlu dilambatkan sebanyak tiga minit dan solat subuh bermula tiga minit lebih awal.
Kenapa orang di tingkat atas perlu mula berpuasa lebih awal?
Umat Islam memulakan hari berpuasa bila sudah masuk waktu Subuh, iaitu apabila kelihatan ‘Fajar Sodiq’ yang merupakan cahaya putih agak terang menyebar di ufuk Timur, muncul beberapa saat sebelum matahari terbit.
Dah tentulah orang yang ada di tingkat atas akan melihat ‘Fajar Sodiq’ ini terlebih dahulu kerana mereka berada di tempat yang tinggi. Jadi, ini adalah sebab kenapa mereka perlu berpuasa lebih awal berbanding individu yang tinggal di tingkat bawah.
Rupa-rupanya ini yang berlaku kalau kita berada di tempat tinggi sangat kan. Kalau macam ni, kena la selalu alert dengan jadual waktu berbuka. Tak boleh suka-suka hati ikut orang lain, knowledge tu perlu ada.
Sekurang-kurangnya dengan penjelasan yang diberikan ini juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita sendiri.
Sumber: Root of Science