Bekas Kediaman Tunku Abdul Rahman Hendak Dijual Pada Harga RM62 Juta

Share

Rumah yang berada dalam kawasan seluar 0.6 hektar ini merupakan sebuah rumah bersejarah yang mana ia merupakan kediaman tempat tinggal Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia sebaik sahaja beliau bersara sehingga kematiannya pada tahun 1990.

Rumah dua tingkat lengkap dengan bangunan untuk pembantu ini tersergam indah di kelilingi kehijauan tumbuh-tumbuhan merimbun.

Rumah yang tersergam indah di kawasan yang menghijau ini walau bagaimanapun telah dijual oleh waris Almarhum selepas kematiannya. Dan kini ia dimiliki oleh syarikat swasta.

Rumah dua tingkat dengan enam bilik ini terletak di kawasan Pulau Tikus telah ditawarkan untuk dijual pada harga RM62 juta atau pun disewa dengan kadar RM25 ribu sebulan. Ia telah disenaraikan sebagai telah dibaikpulih dan direnovasi.

Dalam satu laporan oleh Malaymail, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata bahawa bekas rumah Tunku Abdul Rahman merupakan aset negara dan bukan hanya aset negeri. Beliau berharap agar kerajaan mengambil tahu hal ini sementara kerajaan negeri mendapatkan lebih informasi mengenai rumah bersejarah tersebut.

Tersergam indah dan dapat dilihat dari jalan raya secara terus.

***P/S – Sayang jika bangunan yang menyimpan sejarah seperti ini tidak dijaga dan dipelihara menjadi satu tanda untuk dilihat oleh generasi yang akan datang.

Sumber gambar: Penang Property Angel

Published by
Fiezreen