Bekas ketua polis daerah di Thailand yang dikenali sebagai ‘Joe Ferrari’ akhirnya dipenjara seumur hidup atas kesalahan mendera seorang suspek dadah hingga mati ketika dalam proses siasatan.
Thitisan Utthanaphon didapati bersalah kerana membunuh dengan melakukan seksaan sehingga menyebabkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan kezaliman polis serta rasuah dalam pasukan keselamatan itu.
Rakaman video Ogos tahun lalu menunjukkan sekumpulan pegawai yang didakwa termasuk, Thitisan menekup kepala tahanan sambil menyoalnya. Suspek berusia 24 tahun itu meninggal dunia dalam tahanan polis dan video tular itu telah dijadikan bukti untuk siasatan terhadap tindakan Thitisan dan enam pegawai lain.
Rakaman itu menunjukkan Joe Ferrari dan pegawainya ‘membungkus’ tujuh beg plastik di kepala suspek ketika soal siasat dan cuba memeras ugut AS$60,000 (RM263,690) yang membawa kepada kematian mangsa.
Ads
Hakim di Mahkamah Jenayah Pusat bagi Kes Rasuah dan Salah Laku Bangkok menjatuhkan hukuman mati Thitisan yang berusia 41 tahun itu tetapi segera menukarnya kepada penjara seumur hidup. Mahkamah mengurangkan hukuman kepada penjara seumur hidup kerana Thitisan cuba membantu memberi bantuan kecemasan kepada suspek dan membayar perbelanjaan pengebumian untuk keluarga itu.
Namun, ibu mangsa tidak berpuas hati dan menjelaskan dia tidak mahu melihat wajah Thitisan.
“Saya mahu (hukuman mati). Saya mahu perkara berlaku kepadanya seperti yang berlaku kepada anak saya,” katanya.
Ads
Untuk info, Thitisan Utthanaphon mendapat gelaran ‘Joe Ferrari’ kerana minatnya terhadap kereta mewah ketika skandal rasuah mengejutkan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang Thailand, selain gaya hidupnya yang serba mewah.
Semoga hukuman yang diterimanya itu sedikit sebanyak dapat memberi keadilan buat mangsa dan diharap agar kes ini menjadi teladan kepada pihak berkuasa yang lain. Walaupun mempunyai kuasa, tidak bermakna mereka boleh melakukan sesuka hati sehingga menyebabkan kematian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=U985G7cH8a4&t=8s
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi penggemar burger, hari ini korang dah boleh serbu semua restoran KFC kerana ada burger baru dilancarkan iaitu KFC Zinger Waffle Burger.
Kalau nak tahu, KFC Zinger Waffle Burger ini adalah gabungan unik waffle Belgian dan kepingan ayam zinger. Bayangkan bila keduanya bersatu!. Kalau sebelum ini korang biasa makan waffle dengan aiskrim tapi kali ini makan dengan ayam zinger yang rangup dan lazat. Ditambah dengan kepingan ayam rangup, dicurah dengan sirap mapel manis bersama sos mayo KFC, rasanya memang sedap tak hingat.
REMAJA dah pun try semalam sebelum dilancarkan hari ini dan rasanya memang berbaloi-baloi. Waffle memang lembut dan bila ditambah rasa enak kepingan ayam zinger itu, sedapnya makin terasa. Nak sedap lagi, kena makan dengan sos cili. Dihidangkan dengan pack yang agak besar, confirm korang kenyang sampai ke petang.
Menurut Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan, ciptaan terbaharu ini merupakan sebuah olahan unik kepada burger Zinger KFC kegemaran ramai, dan ianya berbeza daripada hidangan burger biasa.
“KFC Zinger Waffle Burger ini menampilkan kelazatan di setiap lapisan. Tidak dihidangkan bersama roti biasa, burger ini menampilkan waffle Belgian empuk yang mengapit filet ayam Zinger pedas bersama kepingan ayam rangup. Ianya dicurahkan dengan sirap mapel manis bersama sos mayo KFC bagi menghasilkan kombinasi menyelerakan di antara manis dan pedas bersama ciri empuk dan rangup.
“Kami sedia maklum bahawa generasi kini gemarkan kelainan di dalam hidangan makanan dan ini menjadi inspirasi kami untuk mencipta konsep burger istimewa yang lazat dengan ciri lain daripada yang lain. Burger ini bukan sekadar hidangan ringkas biasa kerana ianya padat dengan ramuan yang mampu mengenyangkan di samping memenuhi selera unik para penggemar KFC. Anda pasti tidak mahu melepaskannya,” katanya lagi.
KFC Zinger Waffle Burger boleh didapati secara à la carte bermula daripada RM13.50. Hidangan masa terhad ini juga terdapat di dalam kombo serta Mega Box. Kombo Zinger Waffle Burger didatangkan bersama Crispier Fries dan minuman Pepsi Black. Manakala, Mega Box didatangkan bersama seketul ayam Hot & Spicy atau Original Recipe.
Boleh didapati di KFC Delivery dan semua restoran KFC seluruh negara mulai hari ini 2 Oktober 2018, sementara stok masih ada. Ianya bukan sekadar Zinger, bukan sekadar Wafel. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
3691. Itulah jumlah kes positif COVID-19 yang dicatatkan hari ini. Sememangnya, angka tersebut ibarat satu tamparan kepada Malaysia, secara amnya tentang bagaimana kita telah membiarkan situasi wabak di negara ini meningkat secara mendadak sehingga memaksa beberapa buah negeri untuk kembali diletakkan di bawah arahan PKP.
Terbaru, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan melalui perutusan harian Covid-19 bahawa 6 lagi negeri akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 22 Januari 2021.
Keputusan ini diambil selepas enam negeri tersebut merekodkan jumlah kes positif yang agak tinggi sehingga 18 Januari 2021.Jadi sehingga sekarang hanya negeri Sarawak sahaja terlepas dari PKP.
Seluruh negara kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali negeri Sarawak, selepas Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis turut dikenakan perintah berkenaan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah di enam negeri itu akan mula dikuatkuasakan bermula 12.01 tengah malam pada 22 Januari 2021 dan berakhir pada 4 Februari 2021.
Bagaimanapun, usahlah kita menunding jari kepada mana-mana pihak. Jangan gigih mencari siapakah punca sebenar peningkatan itu. Apa yang penting adalah usaha kita sekarang untuk melandaikan situasi semasa dan jaga SOP agar tidak dijangkiti pandemik maut ini.
Sumber : Astro Awani, MKN
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerajaan Taliban yang memerintah Afghanista melarang pelajar wanira daripada menghadiri universiti dan mendapatkan pendidikan tinggi di Afghanistan, berita itu menjadi tular setelah informasi tersebut yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Taliban, pada Selasa.
Arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu dilihat sebagai satu langkah mengembalikan semua sekatan yang dikenakan Taliban ke atas kehidupan wanita Afghanistan sekitar tahun 1990-an.
Kenyataan tersebut telah diciap oleh jurucakap Kementerian Pengajian Tinggi, Hafez Ziaullah Hashimi. Memetik sebahagian ciapannya, “Berdasarkan keputusan kabinet…pendidikan untuk wanita ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.”
Selain itu, kenyataan yang diedar yang ditandantangani oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Neda Mohammed Nadim menegaskan kepada pengurusan institusi pendidikan tinggi, “Anda semua dimaklumkan untuk melaksanakan dengan segera perintah menggantung pendidikan wanita sehingga diberitahu kelak.”
Larangan terhadap pendidikan tinggi dibuat kurang daripada tiga bulan selepas beribu-ribu gadis dan wanita menduduki peperiksaan kemasukan universiti di seluruh negara.
Selepas pengambilalihan negara oleh Taliban, universiti terpaksa melaksanakan peraturan baharu. Ini termasuklah perintah menyediakan bilik darjah dan pintu masuk yang diasingkan jantina, manakala wanita hanya dibenarkan diajar oleh profesor wanita atau lelaki tua.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...