Rasuah boleh didefinisikan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.
Kelakuan ini adalah satu kesalahan yang besar, lebih-lebih lagi jika ia mengaitkan individu yang berkuasa dalam sesebuah negara.
Di negara jiran kita, Bekas Menteri Hal Ehwal Sosial Indonesia telah pun dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana menerima rasuah sebanyak AS$1.2 juta (RM5.07 juta) yang berkaintan dengan bantuan makanan untuk keluarga miskin terjejas akibat pandemik COVID-19.
Mahkamah di Jakarta menjatuhkan hukuman itu terhadap Juliari Batubara susulan penahanannya pada Disember dan operasi yang menemukan sejumlah wang dalam beg pakaian, beg galas dan sampul surat.
Ads
Menurut Hakim Muhammad Damis dalam perbicaraan yang diakan secara maya ekoran penularan COVID-19, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap tertuduh dan memerintahkannya untuk membayar denda 500 juta Rupiah (RM146,000) atau enam bulan lagi penjara.
Bekas ahli politik itu juga diperintahkan membayar ganti rugi setara sekitar AS$1 juta (RM4.23 juta) atau tambahan dua tahun penjara.
Terdahulu, menurut mahkamah Batubara mengambil wang daripada dua kontraktor yang dilantik membekalkan pakej makanan asas untuk rakyat Indonesia.
Malah, Presiden Indonesia, Joko Widodo berikrar tidak akan melindungi pegawai terbabit jenayah rasuah susulan tangkapan Batubara dan menganggap dana yang dicuri itu adalah wang rakyat.
Ads
Rasuah antara masalah besar yang berlaku di Indonesia, yang mana ahli politiknya dilihat antara ramai yang terbabit. Sebelum ini, agensi antirasuah republik itu menahan sejumlah penjawat awam beberapa tahun lalu, termasuk bekas Menteri Perikanan, Edhy Prabowo yang bulan lalu dipenjara selama lima tahun kerana kes rasuah berkaitan eksport udang galah.
Perkara-perkara seperti inilah yang ditakutkan oleh rakyat sekiranya mempunyai pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Diharap dengan hukuman yang diberikan ini dapat memberi kesedaran buat si pelaku.
Dalam orang sibuk meraikan kemenangan politik, terselit sebuah kisah kehidupan yang bukan semua orang dapat melaluinya. Kisah bagaimana seorang warga asing, keluarga asnaf mendapat layanan buruk ketika cuba meminta pengurangan kos rawatan yang dikenakan terhadap anaknya.
Hal ini dilalui oleh Cikgu Mohd Fadhli yang sangat terkenal di media sosial dan mempunyai lebih dari 100,000 pengikut di mana cikgu ini cuba membantu warga asing ini ketika meminta pengurangan kos dan turut membawa surat sokongan doktor.
Nampaknya isu layanan kurang mesra hospital kakitangan kerajaan mulai tular kembali selain beberapa aduan sebelum ini. Walau bukan semua melakukannya tetapi kata orang, nila setitik, rosak susu sebelanga.
Baca seperti apa ditulisnya di facebooknya semalam.
Terima kasih buat semua misi, nurse dan kakitangan Wad Pediatric HKL, Wad KK2 kerana melayan adik Muhamad Farish Daniel dengan baik dan mesra walau dia bukan warganegara.
Aku sempat ke sana untuk urusan discaj adik Farish setelah pembayaran dibuat. Nurse dan staff kat Wad KK2 ini sangat peramah dan mesra melayan kedua ibu bapa Farish dan juga aku.
Adik Farish admit sejak 6/5/2018 dan baru sahaja discaj hari ini. Ayah dia kawan aku. Orang Pattani, Thailand. Kerjanya hanya sebagai tukang masak. Baru dibuang kerja dua minggu lepas.
Dia baru sahaja buka kedai minggu lepas. Itu pun deposit dia minta bayar beransur-ansur sebab duit tak cukup. Tiba-tiba anak kecil mereka dijangkiti kuman pada paru-paru. Terpaksa masuk wad dan dipantau lama.
Mujur aku dah pesan kat dia, nanti nak keluar wad bagitahu aku. Dia cuma ada seribu sahaja. Itu pun entah mana dia pinjam aku pun tak tahu.
Doktor dah bagi surat sokongan untuk kurangkan bayaran bil hospital yang berjumlah RM2,515 tu. Namun entah di mana silapnya bila aku ke kaunter bayaran bertanya hal pengurangan aku pula kena sindir dan kena gelak.
Agaknya dia ingat aku ayah adik Farish dan merupakan bukan warganegara. Maka sebab itu layanan acuh tak acuh sahaja. Dihalau keluar berkali-kali. Disindir dan dihina. Mungkin kerana aku cakap dialek Kelantan, dia ingat aku orang Siam.
Ugut nak panggil polis heret aku keluar tu paling tak tahan. Nak bayar pakai kad debit, dia minta ic bagai. Ic aku tertinggal tadi.
Mujur cash cukup. Sedebuk aku bayar semua bil dengan bantuan kawan aku. Hal pengurangan bil aku akan cuba urus kemudian.
Kawan aku juga ucap jutaan terima kasih pada semua sahabat yang terus menerus menyokong #danakita. Ini antara usaha kecil aku membantu mereka yang benar-benar terdesak dan memerlukan.
Benarlah, jika kita tidak punyai wang kita akan dihina dan dipandang rendah.
Jangan dibangga sangat dengan duit dan pangkat. Terus tunduk dan merendah diri walau engkau terbang di langit yang tinggi.
Cikgu Fadhli banyak membantu golongan asnaf melalui team #dana kita yang diusahakan bersama kawan-kawannnya. gambar diambil dari fb miliknya
Malah cikgu Fadhli turut menulis buat kali kedua dari kejadian pertama itu.
Aku di HKL sekarang. Aku sentiasa menghormati warga KKM yang berdedikasi dan sangat penyabar. Namun hari ini pengecualian.
Staff kaunter tiga tempat pembayaran bil keluar wad (Sebelah kecemasan) sangat kurang ajar. Langsung tak professional menjalankan tugas.
Setiap pertanyaan dijawab dengan sangat kurang ajar. Siap sindir bagai lagi. Aku tanya nama, sampai ke sudah tak nak cakap. Nametag tak pakai pun!
Mentang-mentang aku datang bawa surat warga asing nak minta kurang (dengan surat sokongan doktor) dia layan aku macam sampah. Aku bawa ni surat asnaf, keluarga layak zakat. Cuma mereka bukan warganegara. Saudara seIslam kita warga Pattani, Selatan Thailand.
Staff pembayaran kaunter 3, Hospital Kuala Lumpur, jam 1:40 tengahari 10 Mei 2018. Kau tunggu saja. Aku nak tulis surat aduan tentang perangai buruk kau siap ugur nak suruh polis heret aku keluar.
Jika ada cctv beserta rakaman suara di sana, aku nak saja biar lihat semua lihat sendiri dan dengar kata-kata kurang ajar staff ni.
Maaf buat semua warga KKM. Demi Tuhan aku sangat menghormati dan menghargai tugas kalian. Sedikit sebanyak kesalahan tu biasa.
Tapi kali ini memang kurang ajar gila. Tunggu aku buat aduan bertulis dan juga kat laman web sispaa. Tungguuu!
#MFS
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terjawab sudah persoalan siapakah yang dipilih oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ippo Hafiz dan Siti Rosmizah mengenai siapakah yang akan menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di separuh akhir Muzik-Muzik ke-35.
Pelantun lagu ikonik Janji Manismu & Cinta Beralih Arah yang pernah memenangi Juara Lagu iaitu Aisyah menjadi pilihan mereka untuk membawakan runut bunyi drama popular TV3, 7 Hari Mencintaiku 2 itu.
Pada hemat penulis, Aisyah adalah penyanyi yang paling sesuai untuk membawakan lagu tersebut. Pengalaman dan suara milik beliau dilihat bersesuaian untuk menangkap mood Aku Bidadari Syurgamu.
Secara keseluruhannya, Aisyah telah menyampaikkan dengan baik. Bagaimanapun, ramai yang merasakan Aisyah mungkin kelihatan sedikit cemas dan mungkin sekali dibayangi oleh pengaruh Datuk Seri Siti Nurhaliza pada lagu itu.
Senang cerita, sedap je penyampaiannya tapi seperti ada yang kurang di situ.
Peminat Kecewa?
Respect
Inginkan Misha Omar
Apa pendapat korang? Adakah Aisyah telah melakukan yang terbaik untuk lagu tersebut?
Cuba korang judge sendiri.
Apapun, sebuah lagi lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza turut dipertandingkan pada malam ini. Lagu 7 Nasihat dinyanyikan oleh Kmy Kmo, Luca Sicta dan pengganti TokTi Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Mampukah kedua-dua buah lagu mara ke Anugerah Juara Lagu?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dinobatkan sebagai Raja Pecut Asia di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020
Pelumba berusia 31 tahun yang terkenal dengan jolokan “The Pocket Rocketman” berada dalam kelas tersendiri apabila muncul sebagai Raja Pecut Asia hari ini.
Berita gembira ini turut di sampaikan beliau melalui laman instagram miliknya.
Kalau korang nak tahu, acara yang berlangsung di Korea Selatan bermula 17 hingga 21 Oktober di Velodrom Pusat Latihan kebangsaan Jingcheon ini menyaksikan kebangkitan beliau yang pada awalnya tewas pada pusingan pertama dan kembali menyinar dalam pusingan kedua sehingga mengheret kepada perlumbaan pusingan penentuan.
Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang, berjaya menewaskan pelumba dari Jepun, Yuta Wakimoto dengan mata 2-1 dengan rekod masa 9.977 saat, iaitu yang keempat terpantas pada pusingan kelayakan selepas menghadiahkan pingat perak untuk negara dalam acara keirin lelaki individu pada Jumaat lalu.
Sempat berkongsi video perlumbaan terakhir (decider) ketika menentang Yuta Wakimoto yang memberikan kemenangan 2-1 kepadanya.
Untuk kategori junior pula, Ahmad Safwan Ahmad Nazeri juga terlepas dalam mencapai pingat gangsa selepas tewas kepada pelumba India, Rojit Singh Yanglem tetapi berjaya meletakkan diri dalam kelompok lima terbaik dengan rekod masa 10.560 saat di pusingan kelayakan.
Tahniah kami ucapkan buat atlet-atlet yang berjuang dan mengharumkan nama negara diperingkat antarabangsa. Syabas raja pecut Asia, Mohd Azizulhasni Awang!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dua murid sekolah rendah dari Putrajaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya membawa pulang Anugerah Pencipta Muda Terbaik (Tahap Rendah) dan pingat emas dalam Pameran...