Bekas Menteri Pengangkutan Hargai Driver, Suarakan Rasa Rindu Kerana Banyak Bantu Kerjayanya

Share

Alangkah bertuahnya bila mendapat majikan yang benar-benar memahami pekerja. Tahu menghargai dan suarakannya kepada umum kebaikan yang pekerja telah lakukan.

Ya, inilah yang dilakukan oleh bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook apabila menukilkan sesuatu yang amat menyentuh hati mengenai pemandunya, Hazril sehingga hal ini tular di media sosial semalam.

Yb Anthony bersama pemandunya, Hazril ketika bertugas di Kementerian Pengangkutan Malaysia

Baguskan dapat majikan begini. Tak malu-malu pun suarakan apa dirasainya sedangkan beliau adalah individu yang dikenali ramai. Tq Yb Anthony, di atas jasa sepanjang dua tahun menerajui kementerian dan menghargai pekerja biarpun pangkat mereka hanya pekerja bawahan sahaja.

Bacalah coretannya. Moga mereka yang berada di atas juga tahu menghargai pekerja bawahannya.

Orang yang saya paling rindu di Kementerian Pengangkutan…

Namanya Hazril. Beliau ialah pemandu saya sejak hari pertama saya menjejak kaki di MOT. Orangnya pendiam tetapi amat berdedikasi dalam kerjanya. Dalam 21 bulan yang lalu, saya bersama dengan dia hampir setiap hari, Isnin sampai Ahad. Kadang-kala program saya sampai lewat malam tetapi keesokan harinya dia tetap sampai di rumah saya pada awal pagi. Tak pernah complain, tak pernah kata letih. Dia selalu kata , “YB cakap saja nak keluar pukul berapa”.

Saya selalu mendapat pujian daripada penganjur majlis dan wartawan bahawa saya selalu sampai ke majlis lebih awal daripada jadual. Sebenarnya, kredit itu pergi kepada Hazril. Setiap hari, beliau akan check jadual saya untuk esok dan merancang perjalanan. Time managementnya sangat baik. Saya jarang lewat ke mesyuarat atau majlis.

Saya anggap beliau sebahagian daripada pasukan saya di pejabat Menteri. Saya tak pernah biarkan kerusi depan kereta kosong. Kalau bodyguard saya (Wan) cuti, saya akan duduk depan. Kali pertama saya buat begitu, dia terperanjat. Beliau kata tak pernah lihat Menteri duduk depan. Saya kata saya tak kisah sangat protokol.

Yb Anthony bersama kakitangannya ketika berkhidmata di kementerian ini dahulu

Saya amat berterima kasih kepada Hazril. Semoga beliau dan isterinya yang juga kakitangan MOT akan terus berkhidmat secara bersungguh-sungguh. Saya juga harap anak comelnya sentiasa sihat.

Hazril, terima kasih dan sentiasa berhati-hati semasa memandu. Thank you!

Ikhlas dari…..Loke dan isteri

Published by
Almaswa Haji Che Ros