Bekas Pelajar MRSM Fakhirah Khairuddin Kini Bergelar Jurutera Di TESLA

Share

Seorang lagi anak tempatan, bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra, Fakhirah Khairuddin telah pun menempa kejayaan apabila berjaya menjadi jurutera di sebuah syarikat gergasi di Amerika Syarikat iaitu TESLA.

Untuk pengetahuan korang, TESLA adalah sebuah syarikat besar yang menghasilkan kereta elektrik dan solar yang berpangkalan di California USA.

Foto: Dr. Zulkifli Hussain

Menurut perkongsian yang telah dibuat oleh Dr. Zulkifli Hussain, Fakhirah Khairuddin merupakan pelajar batch pertama MRSM Ulul Albab di Kota Putra. Setelah tamat pengajian di MRSM, beliau mengikuti BS Aerospace Engineering 19′, University of California San Diego (Tajaan MARA) dan kemudiannya MS Mechanical Engineering 21′, University of California San Diego (Tajaan University).

Kini, Fakhirah menetap di Fremont, California dan bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di Tesla.

Foto: Fakhirah Khairuddin

Dr. Zulkifli Hussain turut mendoakan kejayaan anak muda itu dan berharap agar beliau terus meneruskan bakti dan kepakaran walaupun berada di mana sahaja. Dr. Zulkifli juga menzahirkan bahawa Fakhirah adalah seorang produk MRSM yang sangat membanggakan.

Foto: Fakhirah Khairuddin

Semoga kejayaan yang dikecapi oleh anak muda ini memberikan inspirasi buat remaja di luar sana untuk terus berusaha dalam mengejar cita-cita mereka kerana tidak ada yang mustahil jika kita benar-benar bersungguh.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman