Bekas Pelajar Poli Pilih Hidup Bermadu, Tinggal Dalam Rumah Dipenuhi Barangan Lusuh

Share

Ajal maut jodoh di tangan Allah taala. Ia sudah tertulis sejak di luh mahfuh lagi. Namun pilihan itu tetap di tangan manusia malah berhak membuat pilihan terbaik untuk masa depannya. Ramai mengatakan cinta itu buta namun adakalanya kita sengaja membuatkan mata untuk membuat pilihan.

Perkongsian dari seorang sukarelawan Natipah Abu mengenai satu keluarga di utara tanahair hari ini pasti membuat kita “bersuara”. Ini kerana kediaman dipenuhi barangan lusuh ini dihuni oleh dua orang isteri (bermadu) bersama suami serta dua orang anak mereka. Suasana dalam rumah barangkali tidak layak dipanggil rumah. Dengan bekalan air yang tiada, perlu mengangkut air untuk mandi ternyata pilihan seorang bekas pelajar politeknik untuk memilih hidup bermadu dan kini sarat mengandung pasti membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa dia tinggalkan usia mudanya untuk melalui semua perkara ini.

Ya ternyata  cinta itu amat menakutkan, nampak benar butanya! Bacalah perkongsian Natipah Abu di fbnya.

Di kediaman inilah kesemua mereka tinggal serumah di mana barangan lusuh penuh di dalam dan luar rumah

KERANA CINTA ITU BUTA …

Apa lagi yang hendak kita rumuskan dari situasi ini melainkan benarlah kata orang, cinta itu buta.

Kes keluarga ini dipanjangkan kepada kita untuk bantuan mendapatkan rumah baru buat sekeluarga yang terdiri daripada 3 orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. Aduan tentang keluarga yang tinggal di rumah teres terbiar tiga tingkat di dalam bandar ini kepada pihak berwajib dibuat oleh jiran tetangga.

Kali pertama menziarahi mereka. Tidak terjangkau akal memikirkan bagaimana mereka boleh hidup tiga tahun lamanya ditempat yang kotor dan sempit. Walaupun rumah ini besar tetapi ruang untuk berjalan hanya muat untuk seorang sahaja kerana dipenuhi dengan sisa bahan buangan yang mereka pungut dari tong sampah. Ketua keluarga ini mencari pendapatan dengan menjual barang-barang lusuh.

Tingkat satu penuh dgn barang lusuh. Tingkat dua pula merupakan kediaman mereka. Di situlah mereka makan dan tidur. Tingkat tiga. Jalan naik ke atas di halang dengan barang buangan. Maka kita tidak dapat melihat apa yang ada di tingkat tiga.

Inilah bilik isteri kedua yang juga bekas pelajar politeknik yang belajar sehingga semester tiga
Ini pula bilik isteri pertama dalam rumah tiga tingkat tersebut

Isteri muda sedang hamil tujuh bulan. Dua orang kanak-kanak lagi ialah seorang orang anak isteri pertama berusia 9 tahun dan seorang anak isteri muda berusia 2 tahun.

Ruang tidur kedua-dua isteri hanya dipisahkan oleh langsir semata. Melihat makanan yang terdedah. Hati terasa hendak menangis mengenangkan bagaimanalah kanak-kanak itu makan. Bagimana madu-madu ini boleh hidup bersama sehingga bertahun lamanya. Kami sendiri tiada jawapan.

Hasil semakan rekod ..
Isteri muda ada tunggakan hutang PTPTN . Bukan calang-calang orang rupanya dia. Pernah belajar sehingga semester tiga di sebuah Politeknik .. cinta telah merubah dia menjadi begini. Dia meninggalkan keindahan hidup zaman mudanya bersama rakan-rakan sekuliah setelah mencintai lelaki itu.

Rezeki Ramadan, dapat pindah ke rumah baru

Hari ini .. JKM, JPAM, LZNK dan pemimpin masyrakat iaitu Penghulu dan Imam qariah juga turun utk melancarkan proses perpindahan mereka ke rumah baru.

Rumah baru merupakan flat PPRT .. yang kita bayar RM1500 kepada pemilik sebelum ini untuk melepaskan haknya ke atas flat tersebut. Nanti .. permohonan baru menduduki flat ini akan dibuat atas nama isteri muda.

Setelah menimbangkan beberapa faktor, semua pihak setuju beliau lebih layak. Kita lebih yakin dengan isteri muda yang kita rasakan mampu menguruskan rumah ini kelak.
Kita membelanjakan RM2500 utk barang rumah dan RM1K untuk pemasangan lampu dan kipas serta membaiki pendawaian yang rosak.

Pihak JKM, Zakat bahkan penduduk di kejiranan baru telah memberikan kaunseling kepada mereka agar berubah dan memulakan hidup baru demi anak-anaknya.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan semua penyumbang di luar sana.

Published by
Almaswa Haji Che Ros