Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan…

Lee Jun Xin menjadi lambang seorang gadis yang bercita-cita tinggi, lantas berusaha menggapai impiannya.  Merupakan graduan Fakulti Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dia berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Doktor Perubatan (Kepujian).

Menjadikan momen lebih hebat adalah apabila dia dinobatkan sebagai salah seorang penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Emas) pada Majlis Konvokesyen UKM kali ke-50. Canselor UKM, DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sendiri berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepadanya.

Bekas Pelajar SMK Ledang Tangkak Raih Anugerah Pelajaran Diraja UKM, Cemerlang Sebagai Graduan Perubatan

Berdasarkan maklumat yang tertera di laman Facebooknya, Jun Xin yang merupakan anak kelahiran Sabah mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang, Tangkak, Johor sebelum memasuki Asasi Pintar di Pusat Permata Pintar UKM. Bukan calang-calang tidak semua pelajar boleh masuk ke asasi tersebut tanpa memiliki kelayakan akademik yang tinggi.

Sepanjang melanjutkan pengajian di UKM, gadis manis ini telah merangkul pelbagai anugerah dek kecemerlangannya. Antara anugerah yang diterimanya seperti Anugerah Kecemerlangan Akademik dengan mendapat PNG 4.00 pada tahun keempat dan tahun kelima pengajian, Global Excellence Award 2021 dan Malaysian Student’s Global Alliance (MSGA).

Ads

Selain itu, Jun Xin turut memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua bagi Persatuan Mahasiswa di Fakulti Perubatan UKM, menjadi duta bagi GEMx (Global Education Exchange in Medicine and Health Professions) dan menjadi Pegawai Penyelidik (Dr. Doris Lau) di Jabatan Pediatrik, Hospital Pakar Kanak-Kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemerlang & Berketerampilan, Bekas Pelajar SMK Methodist ACS Terima Anugerah Pelajaran Diraja UiTM

Bekas Pelajar SMK Ledang Tangkak Raih Anugerah Pelajaran Diraja UKM, Cemerlang Sebagai Graduan Perubatan

Ads

Aktif dalam aktiviti penyelidikan, Jun Xin menjadi pengarang utama dalam kajian sebanyak enam kali termasuklah jurnal impak tinggi Q1 Q2 (Frontiers in Medicine, BMC Medical Education).

Dalam pada itu, dia berkolaborasi dengan Shiga University of Medical Sciences, Jepun, Konferens antarabangsa dalam International Society of Paediatric Oncology (SIOP) Congress 2022, EDULERN20: 12th Annual International Conference on Education and New Learning Technologies, International Undergraduate Medical Research Conference, Konferens Malaysia iaitu Malaysian Society of Paediatric and Oncology (MASPHO) 26th Annual Scientific Meeting 2022 dan Medical Undergraduates Annual Scientific Research Meeting. Malahan dia pernah dinobatkan sebagai pembentang terbaik.

Dalam tinjauan REMAJA ke Facebook Jun Xin, dia ada memuat naik status berserta dengan hantaran ketika dia dianugerahkan Anugerah Pelajaran Diraja. Ujarnya, “Sesungguhnya masih jauh lagi perjalanan yang perlu saya harungi di dunia perubatan ini. Masih banyak yang perlu saya belajari. Masih banyak lagi ruang penambahbaikan. Semoga semua tetap tidak jemu untuk mendidik saya dan saya akan buat yang terbaik.”

Ads

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Facebook UKM, Facebook Lee Jun Xin

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI