Bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane memperoleh semangat tambahan sebelum memulakan Piala Negara-Negara Afrika apabila kini sah bergelar suami kepada gadis berusia 19 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Mohamed Salah Sambung Kontrak Liverpool, 7 Fakta Tentang Bintang Bola Sepak Ini
Bagaimanapun, perkahwinannya dengan Aisha Tamba itu dilangsungkan secara tertutup dan dipercayai diadakan di Keur Massar iaitu kawasan komuniti di Dakar, Ahad lalu.
Menerusi gambar yang tersebar di media sosial, bintang kelab Arab Saudi, Al-Nassr itu dan pasangannya mengenakan pakaian serba putih.
Daripada ciapan video di platform X oleh @abdullahayofel, Mane disifatkan sebagai individu yang cukup bersederhana.
“Seorang individu yang cukup bersederhana, tahniah Sadio Mane, semoga Allah merahmati perkahwinan anda,” menurut ciapan @abdullahayofel.
Ketika berkhidmat di Liverpool, Mane ambil pendekatan tidak membuat sebarang pengumuman mengenai perhubungannya dengan Aisha
Sebelum ini, Mane juga cukup dikenali sebagai pemain berhati mulia apabila menggunakan gajinya untuk membina masjid, sekolah, stesen minyak dan juga hospital.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: KOSMO
Seorang Pemuda Lumpuh Separuh Badan Kerana Main Video Game Selama 20 Jam Tanpa Henti
Pada masa kini, permainan video bukan lagi dianggap sebagai hobi untuk meluangkan masa riadah. Ia kini telah dianggap sangat serius dan menjadi karier yang boleh membawa pulangan yang cukup lumayan.
Malah industri permainan video juga bernilai ratusan juta ringgit di seluruh dunia dan tidak menampakkan bahawa ia akan menjadi semakin perlahan.
Namun, di sebalik keghairahan ini pasti ada musibah yang menanti jika orang muda terutamanya bermain permainan video tanpa had atau pengawasan daripada orang dewasa.
Pernah tak korang berdepan dengan rasa kaki kebas bila duduk terlalu lama semasa bermain permainan video atau pun melayari Internet? Sekarang cuba bayangkan korang duduk dalam posisi sama selama 20 jam kerana asyik bermain video game sehingga menyebabkan separuh badan menjadi lumpuh!
Artikel Berkaitan: Inilah Keajaiban Super Blue Moon Seluruh Dunia
Seorang remaja di China berdepan dengan situasi ini apabila dia lumpuh dari paras pinggang ke bawah alibat bermain permainan video tanpa henti selama 20 jam di sebuah kafe siber di Jianxing, China. Selepas mendapati kakinya tidak dapat digerakkan, dia terus meminta bantuan daripada rakan-rakannya.
Dia menyedari perkara tersebut ketika ingin ke tandas untuk membuang air namun kemudian gelisah kerana tidak dapat bergerak. Panik dengan keadaan itu, dia menjerit meminta pertolongan. Sebuah ambulans dikejarkan ke kafe siber tersebut dan kejadian tersebut dirakamkan dan dimuat naik ke Internet.
Ketagihan Internet dan pemainan video kini menjadi antara gejala serius yang semakin mengancam golongan remaja di negara tersebut. Melihatkan masalah ini banyak pusat pemulihan ala-tentera telah diwujudkan bagi mengatasi masalah ketagihan ini.
Diharapkan kes seperti ini tidak berlaku di negara kita. Jika korang memang seorang kaki game, beringatlah. Jangan kerana permainan video korang boleh jadi lumpuh.
Sumber: LADbible
UPSI Batalkan Penggantungan Aktivis Pelajar Adam Adli
Beberapa tahun lalu, nama Adam Adli sering disebut-sebut apabila sentiasa muncul di kaca televisyen negara kita. Adam Adli Abd Halim merupakan seorang aktivis pelajar muda yang sebelum ini beberapa kali ditahan (terutamanya ketika pemerintahan kerajaan sebelum ini) dan didakwa kerana kelantangan suaranya yang dianggap sebagai hasutan.
Dan akibat daripada kejadian tersebut, dia telah digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Namun terbaru, Mahkamah Rayuan telah membebaskan Adam Adli daripada tuduhan menghasut berikutan ucapan yang dilakukannya beberapa selepas Barisan Nasional menang pada PRU 2013.
Menurut UPSI, pihak universiti telah dimaklumkan oleh Pejabat Peguam Negara bahawa mahkamah telah membersihkannya daripada salah laku. Sehubungan dengan itu, pihak UPSI menyatakan bahawa penggantungan terhadapnya telah dibatalkan dan dibenarkan untuk menyambung pengajian bermula 10 September 2018.
Adam turut membuat perkongsian berita gembira tersebut di Twitter dan Facebook dengan kapsyen, “Belum buat keputusan lagi. Doakan yang baik-baik.”
Jelas Adam menerusi laporan Malaysia Insight, “Saya tak jangkakan surat ini. Saya berasa terharu. Saya berasa bersyukur. Saya dan seluruh keluarga semua rasa cukup gembira. Mungkin inilah keajaiban Ramadan saya.”
Adam Adli merupakan aktivis pelajar yang sebelum ini sentiasa lantang bersuara dan memimpin bantahan pelajar mengenai pelbagai isu seperti Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Akta tersebut dilihat oleh ramai orang termasuklah Adam sebagai usaha menutup ruang untuk pelajar untuk bersuara.
Semoga Adam Adli terus berjuang untuk menjadi suara anak muda yang sentiasa melakukan semak imbang kepada kerajaan. All the best!
Sumber: SINAR HARIAN
Ini 5 Kes Rogol Beramai-Ramai Paling Tragis Di Malaysia, Ada Diratah 38 Lelaki Semalam, Mangsa Pengsan Dan Cedera Di Bahagian…
Isi Kandungan
ToggleInsiden seorang gadis berusia 17 tahun yang dirogol secara bergilir-gilir oleh 9 anggota tentera Disember tahun lalu membuka mata bahawa perlakuan jenayah ini tidak pernah surut malah amat menakutkan.
Hanya kerana percaya dan kenal seorang lelaki, gadis naif yang mempercayai bahawa dirinya selamat ternyata terjerat kerana dia diperlakukan secara kejam kerana terpaksa melayan nafsu serakah 9 anggota tentara yang juga penuntut Kursus Artileri Kelas 2, siri 3/2017, di 33 Rejimen Artileri Diraja (RAD) Kluang yang sudah ditahan dua hari lalu oleh Cawangan Penyiasatan Khas (CPK), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas mendapat maklumat dari polis.
Dalam kejadian di atas, gadis ini dibawa ke sebuah hotel murah sebelum anggota tentera yang dikenali remaja ini bersama lapan lagi rakan-rakannya mula mengerjakan mangsa seorang demi seorang.
Itu hanya satu kes, ada lagi jenayah rogol yang paling mengejutkan pernah berlaku dalam sejarah negara dan kebanyakan mangsa adalah golongan remaja yang masih naif. Mungkin kerana perasaan ingin mengenali lelaki, antara punca menjebak gadis remaja kepada jenayah kejam ini.
Ini merupakan sebahagian kes jenayah rogol beramai-ramai yang amat menakutkan pernah berlaku di Malaysia.
2 gadis dirogol 38 lelaki
Ini mungkin jenayah rogol paling “gila” pernah dilaporkan 4 tahun lalu melibatkan dua gadis remaja berusia 14 tahun dari Guchil, Kuala Krai dan seorang rakannya berusia 17 tahun dari Ketereh.
Difahamkan pada malam malang dan penuh kengerian itu, pelajar tingkatan tiga itu dibawa keluar oleh rakan lelakinya lalu dibawa ke sebuah rumah kosong. Tidak berapa lama berada dalam rumah yang dipercayai tempat penagih melepaskan gian, sekumpulan lelaki, dipercayai seramai 38 lelaki mulai merogol kedua-dua gadis ini tanpa perasaan belas kasihan langsung.
Mengalami pengsan dan kecederaan di bahagian kelamin, mungkin masih naif dengan jenayah yang berlaku padanya, di sebalik tubuh yang kesakitan, mangsa telah pulang ke rumah dan mandi. Tetapi mungkin kecederaan di tubuhnya membuatkan mangsa kesakitan sebelum dibawa ke hospital.
Lebih malang, dalam kejadian ini, dua beranak, antara yang ditahan. Tahun lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 18-22 tahun kepada kebanyakan suspek yang merogol mangsa ini selepas sabit tuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.
Sangat menyedihkan kerana ada antara perogol itu remaja lelaki berusia di bawah usia 18 tahun semasa kejadian.
Gadis 14 tahun kena rogol dalam tandas awam
Nasib malang menimpa seorang gadis berusia 14 tahun apabila dia dirogol beramai-ramai dalam sebuah tandas awam taman rekreasi di Taman Setia Tropika, Kempas, Johor Bharu antara jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi.
Sepanjang tempoh perbicaraan sejak Disember 2015, seramai 16 saksi pendakwaan dan pembelaan dipanggil. Akhirnya, akibat kerakusan nafsu empat pemuda ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati salah atas pertuduhan merogol gadis bawah umur secara beramai-ramai, dua tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Nuzul Ikhram Nurallail, 21; Mohamad Ridzuan Mohd Asri, 21; Muhammad Saiful Fauzi, 20; Muhammad Azlan Md Lazan, 21, dijatuhi hukuman itu selepas mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Seorang lagi tertuduh yang juga seorang juvana bagi menunggu laporan akhlak.
Jika dilihat pada usia ketika kejadian, ternyata golongan remaja gagal membuat pertimbangan baik pada usia sebegitu. Muhammad Nuzul Ikhram berusia 19 tahun; Mohamad Ridzuan, 19; Muhammad Saiful, 18; manakala Muhammad Azlan, 19.
Gadis 13 tahun diculik dan dirogol
Seorang gadis berusia 13 tahun menempuh detik hitam apabila diculik dan dirogol empat lelaki di sebuah rumah kosong di Jalan Abdul Raof, di sini, ketika pergi ke kedai runcit pada 15 Januari lalu.
Ketika kejadian, remaja berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit yang terletak beberapa meter dari rumahnya. Kumpulan lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa ditemui rakannya tidak memakai selipar dan pakaiannya berlumpur sebelum dibawa balik ke rumah kakaknya.
“Mangsa pengsan sebaik sahaja tiba di rumah dan keluarganya membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar. Selepas sedar, remaja itu menceritakan telah dikejar empat lelaki ketika menuju ke sebuah kedai runcit pada kira-kira jam 7.50 malam, hari kejadian. Mangsa mendakwa diculik dan dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran premis cuci kereta dan dirogol kumpulan lelaki terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini.
Mat Fauzi berkata, polis menerima laporan daripada kakak mangsa kira-kira jam 8 malam. Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian menemui sekeping papan mempunyai kesan darah dan ia dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.
“Hasil tinjauan polis di lokasi kejadian mendapati kawasan di situ agak semak, sunyi dan gelap. Rumah terdekat terletak pada jarak 20 meter,” katanya.
Mat Fauzi berkata, seorang suspek dikenal pasti dan ditahan membantu siasatan kes itu.
“Suspek berumur 22 tahun ditahan dan merupakan penduduk tempatan,”katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat.
Janda beranak tiga mangsa rogol beramai-ramai
Polis menahan tujuh pemuda yang dipercayai terlibat dalam kes rogol beramai-ramai seorang janda beranak tiga di sebuah rumah kosong di Lambor Kanan, Parit.
Pihak polis telah menahan 7 lelaki berusia antara 21 hingga 26 tahun dalam kejadian ini. Mangsa mengakui telah dirogol beramai-ramai dalam sebuah rumah kosong kira-kira jam 11 malam.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan mengikut teman lelakinya berusia 20-an keluar bersiar-siar menaiki sebuah kereta sebelum ditahan oleh seorang daripada suspek di tepi jalan di Lambor Kanan.
Ketika ditahan, suspek memaksa mangsa mengikutnya ke sebuah rumah kosong dengan enam lagi rakannya sedang menunggu di situ manakala teman lelakinya tidak dapat berbuat apa-apa kerana diugut oleh kumpulan lelaki berkenaan.
Suspek kemudian merogol mangsa secara bergilir-gilir sebelum meninggalkannya.
Selepas kejadian itu, wanita malang terbabit membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan ketujuh-tujuh suspek dalam operasi malam tadi.
Mangsa sudah dihantar ke Hospital Seri Manjung dekat sini untuk pemeriksaan lanjut manakala siasatan polis mendapati teman lelakinya tidak terlibat dalam kejadian tersebut.
Apa jenayah rogol dan berapa kes sehari?
Jenayah rogol ini diklasifikasikan atas kesalahan jenayah menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat.
Mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 13,272 kes rogol atau 59.7 bagi tempoh tahun 2010 hingga Mei lalu
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata dalam tempoh sama, Johor menjadi negeri paling tinggi mencatatkan kes rogol iaitu 2,089 kes atau 15.73 peratus diikuti Selangor.
Dalam laporan yang dibentangkan dalam Parlimen sehingga tahun 2015, kebanyakan kes rogol di Malaysia melibatkan golongan yang berumur 13 ke 15 tahun dalam kelompok paling ramai.