Bekas Pengacara 3R Berjaya Genggam Gelaran Doktor Falsafah Dalam Bidang Komunikasi

Share

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, pepatah ini sesuai penulis ibaratkan terhadap kejayaan Dr Kartini Kamalul Ariffin yang suatu ketika dahulu cukup popular sebagai pengacara rancangan 3R dan penyampai radio Hot.fm.

Dalam satu hantaran terbaru di Instagramnya, Dr Kartini berkongsi mengenai kejayaannya menyiapkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran (PhD) di Infrastructure University Kuala Lumpur yang mengambil masa selama enam tahun.

“Terima kasih Allah kerana membimbing saya melalui usaha ini. Semoga saya terus dibimbing untuk menggunakan ilmu ini untuk visi saya, agama saya, masyarakat saya dan untuk kebaikan yang lebih besar,” ujarnya.

Dengan tajuk tesis, Women Leadership in Creative Industry in Malaysia, pencapaiannya menggenggam ijazah kedoktoran cukup memberi inspirasi, lebih-lebih lagi pada awal tahun ini dia diuji dengan kanser payudara.

Dalam gambar yang dikongsikan, dapat dilihat Dr Kartini di kelilingi oleh keluarga tercinta dan sahabat baiknya, Fara Fauzana turut hadir bersama memberi sokongan.

Imbas kembali, sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran, Dr Kartini sebelum ini terlebih dahulu telah menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Kewartawanan Penyiaran di Goldsmiths, University of London pada tahun 2007.

BACA JUGA: Aktif Kokurikulum & Capai Anugerah Dekan Setiap Semester, Kaavilash Nair Raih Anugerah Pelajaran Diraja UUM

“Masa my master back in 2007, saya tak hadiri pun majlis konvokesyen. Lama nak tunggu dan masa tu graduation di Goldsmiths, University of London. Jadi nak tinggal di London kena sewa rumah, perbelanjaan pun bertambah.

“Balik KL terus mula berkerja balik dengan Hot.fm, kemudian nak pergi balik untuk majlis graduasi, dah mula sibuk dan tiket kapal terbang pun tak murah. Jasi saya skip convocation utuk MA Broadcast Journalism. Sijil universiti poskan ke Malaysia. Sampai sekarang menyesal,” ujarnya panjang mengimbau kenangan lalu.

Selain itu ibu kepada dua cahaya mata ini turut berpesan agar jangan bertangguh dalam melakukan apa-apa. Kongsinya, “Untuk ijazah kedoktoran ini memang saya bertungkus lumus  buat pembetulan tesis sejak Ogos untuk mengejar majlis graduasi sesi November 2023. Kalau tak kena tunggu tahun 2024. We don’t know what the future holds

, jadi jangan bertangguh.”

Tahniah REMAJA ucapkan!

Sumber foto: Instagram Dr Kartini Kamalul Ariffin

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen