Ingatkan lepas memasuki tahun 2018, isu berpakaian menutup aurat atau modest fashion tak lagi dipersoalkan di peringkat dunia.
Nope, tanggapan itu nyata meleset sekali apabila masih ada yang berfikiran sempit terhadap keputusan wanita menutup aurat. Pada kali ini, kritikan itu datang daripada mulut bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.
Penulis tidaklah begitu mengenali personaliti bernama Tony Abbott ini. Namun sekitar tahun 2012-2013, beliau popular di kalangan rakyat Australia kerana dasarnya yang lebih terbuka dan inginkan rakyat di sana mengenepikan perbezaan lalu menjadi 1 komuniti.
Hari ini, Tony mengambil keputusan untuk secara lantangnya menolak pembabitan beberapa orang pereka fesyen Muslimah dari Australia yang baru saja tamat mengadakan pameran fesyen Faith Fashion Fusion di Malaysia.
Kenapa cakap tak serupa bikin?
Kata beliau kepada The Australian Daily, “Kementerian Perdagangan Asing dan Industri Australia tidak patut memilih projek yang melihatkan pandangan old fashion terhadap pemakaian sopan (modest).
“Ia tak selari dengan gaya hidup dan imej Australia. Kita ingin rakyat Australia untuk menjadi terbuka (fresh and open).”
Tony juga tampil sarkastik terhadap pemilihan wanita berpurdah.
“Kita ingin mereka menunjukkan muka. Dan jika mereka nak tunjukkan sedikit bahagian lengan dan kaki dan memakai bikini, well, kita terima semua itu dan ia tak menjadi masalah,” kata beliau lagi.
Pandangan seorang yang pernah bergelar Perdana Menteri itu nyata cetek, tak berfikiran panjang dan sempit. Tahukah Tony, walaupun hanya 2.6% rakyat Australia beragama Islam, namun peratusan itu mewakili hampri 605,000 orang penduduknya.
Itu bukanlah jumlah yang sedikit.
Dan sebagai seorang yang mawakili rakyat, beliau sama sekali tidak boleh berfikiran ektremis dan melabel wanita berpakaian sopan sebagai ‘old fashion‘ dan ‘not Australian‘.
Pandangan penulis terhadap isu ini nampaknya turut disokong oleh tiga orang pereka fesyen Muslimah dari Australia yang terlibat dalam pameran ini.
Mereka adalah designer pakaian renang ‘burkini’ Aheda Zanetti, designer
Ilham A Ismail dan ahli akademik Dr. Susan Carland.Aheda berkata, beliau mencipta label pakaian renang Muslimah untuk memberi kebebasan wanita bersukan tanpa perlu berkompromi tentang status sebagai seorang wanita Muslim.
Sebelum beliau memulakan label itu pada tahun 2004, mereka terlebih dahulu menguji pakaian renang ‘burkini’ dan bertanya kepada pengguna sama ada ia akan membuatkan wanita Muslim lebih yakin dan aktif bersukan.
“(Tony) hari ini mempersoalkan pakaian menutup aurat sebagai menyekat hak wanita berpakaian di tempat awam. Tetapi pernah beliau terfikir, hak kami berpakaian kami sebagai seorang Muslim? Tiada siapa yang memaksa kami berhijab dan menutup aurat. Ia ada pilihan masing-masing,” terang Aheda.
Pereka fesyen, Ilham A Ismail pula mengalu-ngalukan inisiatif pameran pakaian Muslimah di Malaysia ini.
“Australia ialah sebuah negara berbilang bangsa dan agama. Jika bukan kita yang mempromosikan kepelbagaian masyarakat di Australia di mata dunia, siapa lagi? kata pereka wanita Australia itu.
“Pakaian kami adalah produk Australia, direka di Australia, memberi berpuluh-puluh peluang pekerjaan kepada staf Australia dan diberikan penghargaan untuk dipamerkan di negara luar seperti Malaysia dengan membawa nama Australia.
“Kita ada lebih 1.5 bilion masyarakat Muslim di seluruh dunia dan separuh daripadanya adalah perempuan. Saya fikir kita masih belum ambil peluang untuk meluaskan peluang perniagaan untuk kelompok ini.
Pameran dan acara fesyen ‘Faith, Fashion, Fusion: Muslim Women’s Style in Australia’ dimulakan oleh oleh Muzium Kesenian dan Sains kerajaan New South Wales pada tahun 2012 dan dilancarkan di Muzium Kesenian Islam Malaysia Kuala Lumpur pada November 2017 lepas. Ia baru saja berakhir pada 28 Januari lalu.