Bekas & Sisa Dibiarkan Saja Selepas Makan KFC, Warganet ‘Bertarung’ Pendapat Wajar Atau Tidak Kemaskan Meja

Share

Kesempatan untuk menyambut perayaan Aidilfitri pada hujung minggu lalu amat dinanti-nantikan oleh umat Islam di Malaysia.

Bagi yang beransur pulang ke kampung halaman, ada yang memilih bertolak menggunakan jalan darat dan ada juga yang tidak sanggup berdepan keadaan trafik sesak dan lebih rela mengeluarkan bajet mendapatkan tiket penerbangan.

Keberadaan penulis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 baru-baru ini sewaktu pulang kembali ke ibu kota sedikit sebanyak membuka mata mengenai soal kebersihan dalam kalangan masyarakat tempatan.

Persinggahan sebentar di cawangan restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang terletak di KLIA 2 cukuplah mengejutkan setelah penulis mendapati keadaan meja makannya yang ditimbuni dengan bekas sisa makanan dan minuman yang ditinggalkan begitu sahaja oleh pelanggan mereka.

Penulis juga melihat beberapa pelanggan di meja berasingan yang baru berdiri untuk keluar dari premis namun membiarkan sahaja bekas makanan dan dulang mereka di atas meja tanpa rasa bersalah; seolah-olah ia sudah menjadi rutin setiap kali mereka berkunjung ke mana-mana restoran ataupun kafe.

Harus diingat, ada cawangan makanan dan minuman yang mengenakan caj servis dan selayaknya, akan ada pekerja yang akan menguruskan meja sejurus pelanggan meninggalkan premis.

Namun bagi cawangan restoran makanan segera seperti KFC dan banyak lagi francais lain di Malaysia, ia tidak mengenakan sebarang caj servis. Hanya cukai servis kepada kerajaan sahaja yang dikenakan.

Lantaran itu, sebarang sisa makanan yang telah digunakan wajar dibuang ke dalam tong sampah yang sudahpun disediakan.

REMAJA telah berkongsi keadaan cawangan KFC di KLIA 2 yang dikunjungi tempoh hari ke akaun Instagram rasmi kami dan menariknya, di antara komen-komen yang menyinggah di hantaran tersebut berbelah pandangan.

Ada yang bersetuju sekiranya sisa dan bekas makanan dibiarkan sahaja manakala sebahagian besarnya masih merasakan perbuataan mengemaskan meja menunjukkan displin serta mentaliti masyarakat yang lebih berkualiti.

“Common sense lah untuk kita bersih meja selepas makan. Lagipun itu menunjukkan displin. Tapi bila common sense

dan displin tak ada, tak kan kita nak tunggu lagi.”

Mindset itu mahal. Tak salah pun lepas makan kita clean up meja. Dapat pahala kita ringankan tugas adik-adik Kepci walaupun Kepci bayar mahal.”

“Sebab itu semuanya start dari mindset. Tak kisahlah harga kita bayar tu include tax service ke atau tak ke. Lebih baik jika kita senangkan staf untuk buang sampah kita makan tu ke dalam tong sampah disediakan. Dan kita akan cepatkan masa untuk pelanggan lain duduk. InsyaAllah kita senangkan kerja orang lain, nanti urusan kita akan dipermudahkan.”

“Masa muda usia awal 20-an dulu pernah kerja fast food. (Sekarang) bila makan di mana-mana fast food saya akan pastikan meja dibersihkan dan sampah terus buang dalam tong sampah kerana faham perasaan pekerja yang akan membersihkannya nanti. Biarlah meraka lap meja, sapu lantai dan mop lantai sahaja.”

It is all about mentality dan how you have been brought up. Saya memang train anak-anak untuk buang sampah terus ke tong sampah kalau di fast-food restaurant. Kalau dalam rumah kita pandai pula nak bersih.”

*

“Tak jadi isu pun kalau tak kemas sebab customer

dah bayar harga mahal dengan tax lagi. Kalau kata customer nak kemas syukur je lah.”

“Kalau boleh dekat kedai makan, lepas makan rakyat Malaysia cucilah pinggan, mangkuk, cawan yang dah digunakan.”

“Makan KFC harga mahal sampah kita buang sendiri. Makan kedai mamak harga murah, mamak tolong kemaskan.”

*

Haa apa pendapat korang?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ