Britney Spears dan tunangnya, Sam Asghari akhirnya telah mengikat pertalian menjadi suami isteri, namun disebalik kegembiraan itu timbul pula kekecohan apabila bekas suami Britney, Jason Alexander menyerang kediaman mereka.
BACA: Sama Tak? Anak Saudara Britney Spears, Maddie Aldridge Semakin Matang Memasuki Usia 13 Tahun
Alexander dilaporkan ditahan polis kerana menceroboh dan memasuki kediaman itu ketika upacara sedang berlangsung. Bekas suami pertama Britney itu juga dilihat turut bertengkar dengan kakitangan yang bertugas kerana memintanya untuk beredar.
Kekecohan itu turut dirakam Alexander yang menyiarkan video live daripada akaun instagramnya ketika dia menyerang acara itu.
“Dia isteri pertama saya, satu-satunya isteri saya,” kata Alexander yang hanya berkahwin selama 55 jam bersama bintang pop wanita itu.
“Saya suami pertamanya, saya di sini untuk membatalkan perkahwinan.” sambung dalam video tersebut.
Menurut laporan lagi, kes ini sedang disiasat dan pihak berkuasa akan menentukan sama ada pertuduhan tambahan akan dikenakan terhadap Alexander berhubung dakwaan pencerobohan itu.
Spears dan Asghari melangsungkan perkahwinan mereka secara tertutup dengan dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan rakan terdekat. Hanya abangnya, Bryan Spears yang mendapat jemputan ke majlis berkenaan, ibu bapa dan adiknya, Jamie Spears tidak diundang ekoran kemelut yang tercetus dalam hubungan mereka.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=c_utOMz9V4o&list=PL_R6hQ5tkODLdU7Obr3safbIdpJ8caa5Z&index=7&t=2s
Memang ‘Sweet’ Persis Drama Korea, Video Lamaran Nam Goong Min Dapat Perhatian Netizen
Kalau korang penonton K-drama sejati, korang pasti mengenali pelakon terkenal iaitu Nam Goong Min. Antara dramanya yang popular adalah Doctor Prisoner, Beautiful Gong Shim, Hot Stove League, The Veil dan banyak lagi. Pelakon ini juga sering dikatakan mirip dengan Jaemin daripada kumpulan NCT.
Baru-baru ini, video lamaran pelakon Nam Goong Min untuk pelakon dan model; Jin Ah Reum telah menjadi topik hangat dalam pelbagai komuniti dalam talian kerana kelihatan seperti adegan romantik dalam babak drama Korea.
ARTIKEL BERKAITAN: “Yes..” Akhirnya Kamal Adli Temui Cinta, Uqasha Terima Lamaran LIVE
“Sudikah awak berkahwin dengan saya?”
Dalam video lamaran yang didedahkan pada majlis perkahwinan pasangan itu, Namgoong Min dan isterinya Jin Ah Reum dilihat sedang bersantai dan menikmati hidangan bersama.
Nam Goong Min tiba-tiba berkata, “Ada sesuatu yang saya mahu awak lakukan untuk saya.” Selepas itu, Jin Ah Reum pun menjawab, “Apa dia?”
“Jika saya beritahu, bolehkah awak membantu saya?,” soal Nam Goong Min pula.
“Ya,” jawab Jin Areum.
Beberapa ketika selepas minum, Nam Goong Min terus bangun dari tempat duduknya sebelum berlutut sambil mengeluarkan sebuah kotak cincin berwarna biru muda sambil menoleh ke Jin Ah Reum dan bertanya:
“Sudikah awak berkahwin dengan saya?” Awhhhhh, sweetnya! Min yang blushing. Ekspresi wajah Jin Ah Reum menunjukkan betapa terkejutnya dia, dan tiba-tiba dia menutup mukanya dengan tangan dan menangis.
남의 프로포즈 영상 보고 우는중 pic.twitter.com/y5IrHNVd9m
— 밤밤 (@d30v45) October 19, 2022
Video lamaran tersebut juga telah dikongsikan melalui satu portal hiburan Korea. Meninjau di ruangan komen ramai yang turut merasai ‘kemanisan’ video lamaran tersebut. Persis babak di dalam K-drama!
Untuk pengetahuan korang, pasangan ini secara rasminya telah berkahwin pada 7 Oktober 2022 yang lalu. Majlis resepsi itu diadakan secara tertutup dan juga dikatakan telah menelan belanja yang banyak sehingga RM657,952!
Pasangan ini pertama kali bertemu sebagai pengarah dan pelakon menerusi filem ‘Light My Fire’ yang dikeluarkan pada 2015. Tidak lama selepas itu, kedua-duanya telah mengumumkan hubungan mereka. Kalau korang nak tahu, pasangan ini telah menjalinkan hubungan selama tujuh tahun. Akhirnya mereka telah disatukan! Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga hubungan yang dibina kekal hingga akhir hayat.
ARTIKEL BERKAITAN : Megan Fox & Machine Gun Kelly Bertunang, Cincin Dua Batu Permata Penuh Simbol Cinta!
Sumber:(1)
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Datuk Abdul Latif Romly Selamat Bergelar Suami Kepada Nabila Farhana Musaidi
Bagai pinang dibelah dua…
Setelah lebih setahun mengikat tali pertunangan akhirnya jaguh sukan olahraga negara, Datuk Abdul Latif bin Romly,25, telah menamatkan zaman bujangnya dengan Nabila Farhana binti Musaidi,25, hari ini.
Dalam satu hantaran video siaran langsung yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Latif berkongsi momen akad nikah yang berlangsung secara sederhana dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat.
Atlet pemegang rekod sukan paralimpik dalam acara lompat jatuh T20 ini tampil kacak dalam persalinan baju melayu rona putih sedondon dengan isterinya yang tampil anggun mengenakan busana berinspirasikan abaya disertakan dengan layah panjang. Kedua-dua busana ini merupakan hasil rekaan jenama fesyen popular, Seth and Luna.
ARTIKEL BERKAITAN: Latif Romly Dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Perlis
Sah dengan sekali lafaz, pasangan tersebut dinikahkan berwalikan bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin sebanyak RM1312 tunai.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Nabila merupakan seorang graduan dalam bidang pendidikan dan kini sudah pun berkhidmat sebagai guru di salah sebuah sekolah di Lembah Klang.
Sebelum ini pasangan yang sama-sama berasal dari Perlis ini mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober 2021. Mereka berkenalan sewaktu sama-sama mengikuti pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kangar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Trend Lelaki Sukakan Perempuan Lebih Berusia Atau Memang Dah Jodoh?
Isi Kandungan
Toggle
Ada berpendapat bahawa perbezaan umur yang ketara di antara pasangan boleh membuatkan sesebuah perhubungan itu berisiko. Tapi ada juga yang berpendapat bahawa jarak usia boleh mematangkan seseorang yang muda.
Contoh terbaru adalah pasangan pengantin selebriti baharu kita yang membabitkan penyanyi, Zizi Kirana dan pelakon, Yusuf Bahrin. Zizi, 36 memilih Yusuf, 29 sebagai pasangan hidup biarpun mempunyai jarak usia 7 tahun di antara mereka. Majlis pernikahan ringkas telahpun selamat dilangsungkan pada pagi Ahad, 19 September 2021.
Pasangan yang dikhabarkan mula bertambah rapat kira-kira dua bulan lalu menerusi rakaman program All Together Now Malaysia itu melalui fasa pengenalan yang cukup menarik apabila masing-masing tidak berjumpa seperti pasangan kekasih lain disebabkan kekangan musim pandemik.
Sebaliknya, mereka hanya berhubung menerusi telefon saja! Haa, korang mampu tak? Hehe..
REMAJA tumpang gembira apabila bertambah satu lagi pasangan selebriti yang tidak menjadikan perbezaan usia itu sebagai satu halangan. Bak kata orang, usia itu hanyalah angka dan tidak bermakna sekiranya perasaan sayang itu tulus dah ikhlas.
Tak percaya ia boleh berkesan? Cer tengok 11 lagi pasangan lelaki muda dan perempuan yang lebih berusia ini.
Priyanka Chopra & Nick Jonas
Perbezaan Usia: 10 tahun
Hubungan Priyanka Chopra dan Nick Jonas diakhiri dengan perkahwinan pada Julai 2018. Majlis tersebut langsung membuatkan semua orang bercakap mengenainya. Bagaimana ia boleh menjadi setular ini?
Pertama disebabkan campuran budaya. Kedua tentunya disebabkan perbezaan usia mereka. Tapi kalau difikirkan kembali, jarak 10 tahun itu sebenarnya normal pada zaman sekarang.
Noor Neelofa & Haris Ismail
Jarak Usia: 6 Tahun
Benar, episod awal hubugan Muhammmad Harris Mohd Ismail atau PU Riz dan Noor Neelofa ini telah berdepan cabaran yang boleh dikatakan getir juga setelah mereka berdepan kontroversi diikuti dengan kontroversi. Namun, pasangan ini berjaya menempuhi dan rezeki mereka semakin murah.
Baru-baru ini, perniagaan pelitup muka Nun Ha milik mereka telah dilaporkan habis terjual sebanyak 220,000 keping sebelum pelancaran rasminya lagi. Cabang perniagaan ini telahpun dirancang mereka sejak hujung tahun lalu lagi sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Liam Payne & Cheryl Cole
Perbezaan Usia: 10 tahun
Satu lagi pasangan yang mempunyai perbezaan usia 10 tahun! Okay fine, Liam dan Cheryl telahpun berpisah anak satu. Tetapi pada tahun 2016, mereka cukup bahagia ketika Cheryl melahirkan anak pertama mereka pada tahun 2017. Setakat bertahan 2 tahun saja, hhm..
Ariff Aziz & Datuk A. Aida
Jarak Usia: 18 Tahun
Fuh, ni memang legend. Setelah diijab kabulkan tiga tahun lalu, Ariff mengajak Datuk A.Aida untuk memancing udang pada hari kedua sebagai suami isteri. Sweet dan lain daripada yang lain. Namun itulah, jodoh mereka berdua tidak berpanjangan setelah sah berpisah pada tahun 2019.
Ryan Gosling & Eva Mendes
Jarak Usia: 6 tahun
Sejak 2011, Ryan dan Eva tak boleh berenggang walaupun ada khabar angin mengatakan hubungan mereka agak goyah. Eva melahirkan anak pertama, Esmeralda Gosling pada September 2014 dan anak kedua, Amada pada Mei 2016.
Ryan Gosling & Sandra Bullock
Jarak Usia:16 tahun
Wow, nampaknya Ryan memang sukakan wanita berusia sejak muda lagi! Sebelum Eva, bekas ahli The Mickey Mouse Club ini pernah berpacaran dengan Sandra Bullock yang jauh lebih matang pada tahun 2002.
Fattah Amin & Nur Fazura
Jarak Usia: 7 tahun
Sweet sangat ucapan Fazura terhadap Fattah sempena Hari Bapa,, kira-kira dua tahun lalu. Fazura yang kehilangan arwah ayahnya, Sharifuddin Adnan lebih 20 tahun lalu nyata terkesan dengan pemergian tersebut.
Namun setelah berkahwin, Fazura dapat melihat sisi personaliti yang hampir sama di antara arwah dan juga suaminya, Fattah Amin. “Abdul Fattah bin Mohd Amin lahir pada tahun 14hb September 1990, sepuluh tahun sebelum pemergian papa telah tertulis untuk menjadi imam, suami, tempat mengadu dan bermanja buat saya.”
InsyaAllah, cinta pasangan Hero Seorang Cinderella ini akan terus kukuh bersama. Amin!
Ashton Kutcher & Demi Moore
Jarak Usia: 15 tahun
Okay, makin ramai pasangan jarak usia jauh yang telah bercerai.
Ini termasuklah Ashton dan Demi. Pasangan ini memang epik kerana tak semua orang boleh menerima hakikat Demi memilih Ashton pada waktu lelaki itu kelihatan ‘mentah’ dan menurut mereka, “tak sama taraf dengan beliau”.
Selepas dua tahun berkahwin, akhirnya ramalan jadi kenyataan apabila mereka bercerai pada November 2013.
Gerard Pique & Shakira
Jarak Usia: 10 tahun
Tapi tak semuanya bercerai okay!
Pemain bola sepak dan penyanyi Amerika Latin ini telah bersama sejak tahun 2010 dan kini, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Milan dan Sasha Pique Mebarak.
Zain Saidin & Rozita Che Wan
Jarak Usia: 11 tahun
Kecoh satu Malaysia pada tahun 2013 apabila ura-ura pelakon, Rozita Che Wan berpasangan dengan ‘pucuk muda’ menjadi realiti. Rozita, 48, dan Zain, 37, pada 2013 kemudian dikurniakan seorang cahaya wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia tujuh tahun.
Dalam temubual baru-baru ini, Che Ta mengakui perbezaan usia yang wujud memerlukan mereka berdua selalu bertolak ansur untuk mengelakkan salah faham. Bagi Che Ta, dalam perkahwinan untuk ada pasang surut. Namun hubungan mereka baik-baik sahaja hingga sekarang. “Suami pun ada kala bersifat kebudak-budakkan, jadi kita kenalah toleransi.”
Benji Madden & Cameron Diaz
Jarak Usia: 7 tahun
Setelah melangsungkan perkahwinan pada Januari 2015, nampaknya hubungan Benji dan Cameron masih kekal sehingga kini! Hubungan mereka bertambah erat dengan kehadiran anak perempuan yang dinamakan Raddix pada tahun 2020. Interesting name..
Hubungan yang berjaya kekal seperti ini adalah sesuatu yang jarang sekali berlaku di Hollywood. Cameron sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan selebriti lelaki muda lain seperti Justin Timberlake.