Britney Spears dan tunangnya, Sam Asghari akhirnya telah mengikat pertalian menjadi suami isteri, namun disebalik kegembiraan itu timbul pula kekecohan apabila bekas suami Britney, Jason Alexander menyerang kediaman mereka.
BACA: Sama Tak? Anak Saudara Britney Spears, Maddie Aldridge Semakin Matang Memasuki Usia 13 Tahun
Alexander dilaporkan ditahan polis kerana menceroboh dan memasuki kediaman itu ketika upacara sedang berlangsung. Bekas suami pertama Britney itu juga dilihat turut bertengkar dengan kakitangan yang bertugas kerana memintanya untuk beredar.
Kekecohan itu turut dirakam Alexander yang menyiarkan video live daripada akaun instagramnya ketika dia menyerang acara itu.
“Dia isteri pertama saya, satu-satunya isteri saya,” kata Alexander yang hanya berkahwin selama 55 jam bersama bintang pop wanita itu.
“Saya suami pertamanya, saya di sini untuk membatalkan perkahwinan.” sambung dalam video tersebut.
Menurut laporan lagi, kes ini sedang disiasat dan pihak berkuasa akan menentukan sama ada pertuduhan tambahan akan dikenakan terhadap Alexander berhubung dakwaan pencerobohan itu.
Spears dan Asghari melangsungkan perkahwinan mereka secara tertutup dengan dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan rakan terdekat. Hanya abangnya, Bryan Spears yang mendapat jemputan ke majlis berkenaan, ibu bapa dan adiknya, Jamie Spears tidak diundang ekoran kemelut yang tercetus dalam hubungan mereka.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.