Kurang setahun selepas Jennifer Lopez mengahwini pasangan kekasih lamanya, Ben Affleck dalam sebuah acara ringkas di Las Vegas; kini tiba giliran bekas suami Jennifer, Marc Anthony pula untuk menamatkan zaman dudanya secara mengejut pada 28 Januari 2023.
Marc, 54 yang merupakan seorang penyanyi latin popular di Amerika Selatan telah memilih bekas peserta ratu cantik dari Paraguay, Nadia Ferreira, 23 sebagai isterinya dalam sebuah majlis resepsi gilang-gemilang yang dilangsungkan di Perez Art Museum yang terletak di Miami, Florida.
Baik Marc mahupun Nadia yang juga bergelar naib juara Miss Universe 2021 kepada Harnaaz Sandhu dari India tidak terlalu mendedahkan mengenai hubungan mereka secara keterlaluan sebelum mereka bertunang pada bulan Mei 2022.
ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum Harnaaz Sandhu, 10 Miss India Pernah Gemparkan Dunia Dengan Kejelitaan Mereka – REMAJA
Mungkin kerana ini adalah perkahwinan keempat untuk Marc (dan pertama untuk Nadia), adalah lebih molek apabila kedua-dua pihak bertindak matang untuk tidak terlalu mempamerkan kemesraan mereka di khalayak umum.
Tiada angin tiada ribut, tahu-tahu kahwin!
People melaporkan kehadiran ramai rakan selebriti yang rapat dengan Marc turut sama meraikan hari bahagianya itu. Antaranya termasuklah pasangan David & Victoria Beckham, Salma Hayek, Maluma, Luis Fonsi dan Romeo Santos.
ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lopez Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Pelakon Kacak Ben Affleck – REMAJA
Sedikit info mengenai Nadia Ferreira, wanita tinggi lampai ini merupakan seorang model di Paraguay dan aktif bersaing dalam pertandingan ratu cantik sejak berusia 15 tahun.
Pada tahun pertama dia mula bertanding, Nadia berjaya memenangi gelaran Miss Teen Universe Paraguay dan terus mewakili negaranya di peringkat Miss Teen Universe 2015 untuk memenangi kedudukan pemenang keempat.
Sewaktu mewakili Paraguay di Miss Universe 2021 yang berlangsung di Eilat, Israel pula, Nadia telah membanggakan negaranya apabila bergelar Naib Juara. Ia merupakan pencapaian terbaik buat Paraguay sepanjang penyertaan di Miss Universe.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sa