Seorang remaja perempuan tempatan telahpun meraih kejayaan membanggakan baru-baru ini setelah memenangi pertandingan mencipta aplikasi ‘Swift Student Challenge (SSC) 2024’ anjuran syarikat Apple.  

Nur Alia Jannah, 16 yang mencipta aplikasi semakan muzik bernama Tracklist berjaya mengenepikan peserta lain bagi merebut gelaran sebagai pemenang utama SSC 2024.

Selain kemahiran pengekodan, pemahamannya Nur Alia tentang ulasan muzik juga  menyumbang terhadap kemenangannya.

Belajar ‘Coding’ Sendiri, Remaja 16 Tahun Menang Apple’s Swift Student Challenge 2024

Menariknya, Nur Alia yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam sendiri merupakan seorang pembuat kod atas inisiatif sendiri. Segala ilmu yang diketahuinya berkenaan pembuatan kod adalah hasil usaha di luar bilik darjah.

“Saya terlibat dalam bidang pengekodan selepas mengetahui tentang SSC dan ‘Tracklist’ diilhamkan oleh aplikasi yang dipamerkan di WWDC 2021.

Ads

“Pada mulanya saya mereka bentuk aplikasi untuk track beberapa lagu tertentu yang saya dengar. Contohnya, reviu saya tentang album, artis dan lagu. Kemudian saya sedar tiada aplikasi untuk seseorang membuat reviu lagu.”

Walaupun Nur Alia tidak memiliki gajet canggih MacBook tetapi keazaman yang ada pada dirinya membolehkannya menemui platform Swift Playgrounds di iPad yang didapati boleh diakses dan menarik untuk digunakan oleh seorang beginner sepertinya.

Hasilnya, aplikasi Tracklist ciptaannya kini berada dalam fasa beta.

Ads

Belajar ‘Coding’ Sendiri, Remaja 16 Tahun Menang Apple’s Swift Student Challenge 2024

Dalam pada itu, antara cabaran yang dihadapi Alia semasa proses membina aplikasi Tracklist adalah masalah-masalah teknikal termasuklah insiden kehilangan data penting. Biarpun pahit, pengalaman itu telah membuatkannya lebih gigih dalam menyelesaikan masalah.

“Saya kehilangan fail aplikasi semasa proses menyiapkan aplikasi dan hanya mempunyai backdated backup code. Disebabkan itu, saya terpaksa membuat semula beberapa bahagian.”

Ads

Belajar ‘Coding’ Sendiri, Remaja 16 Tahun Menang Apple’s Swift Student Challenge 2024

SSC 2024 tambah Alia telah mengajar erti tidak ada idea yang terlalu kecil kerana setiap idea  boleh berubah dan menjadi sesuatu yang lebih hebat.

Alia juga percaya dengan adanya sokongan daripada syarikat teknologi seperti Apple dan syarikat-syarikat lain, ia berperanan dalam memupuk bakat anak-anak muda sepertinya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI