Dalam banyak-banyak pengumuman yang disampaikan sepanjang Belanjawan 2021 hari ini, pemansuhan status ‘duty free’ daripada rokok yang dijual di kepulauan bebas cukai dekat Malaysia menarik perhatian REMAJA.
Jelas Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, kerajaan akan mula mengenakan cukai ke atas semua jenis rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai.
Ini termasuklah di Wilayah Persekutuan Labuan, Pulau Tioman di Pahang, Pulau Pangkor di Perak dan tentunya, destinasi pulau bebas cukai popular, Pulau Langkawi di Kedah.
ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2021 Benarkan Keluar KWSP Akaun 1
Keputusan ini pada hemat REMAJA diambil berikutan penurunan kemasukan pelancong di pulau-pulau di Malaysia sehingga menyebabkan kerugian dalam sektor pelancongan. Lalu, tindakan memansuhkan rokok ‘duty free’ ini adalah salah satu cara bagi menambah pemulangan semula kepada kerajaan.
Bukan itu sahaja yang diumumkan oleh Tengku Zafrul.
Kerajaan juga bakal mengenakan duti eksais pada kadar 10 peratus ke atas semua peranti rokok elektronik dan bukan elektronik bermula 1 Januari 2021.
Ini termasuklah vape dan electronic heated tabacco product serta hookah bagi penggemar shisha dan rokok paip.
Cecair rokok elektronik juga akan dikenakan duti eksais pada kadar RM0.40 per mililiter.
Hhm, adakah tindakan kerajaan ke atas perokok dan penggemar vape ini akan mendatangkan sebarang perubahan pada gaya hidup mereka?
Ini adalah sebahagian daripada respon netizen setelah mendengar pengumuman ini, petang tadi.
Apapun, belanjawan pada kali ini bukan hanya berfokuskan kepada cukai rokok tetapi juga keperluan pelajar terutamanya di IPT Awam.