
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi pendidikan di Sekolah Berasarama Penuh (SBP) dan Institut Pengajian Awam (IPTA).
Beliau memaklumkan, kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran kedua institusi berkenaan kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan, kenaikan yuran itu tidak akan menjejaskan kumpulan B40 dan M40.
Anwar berkata, penyasaran subsidi juga akan dilakukan dengan menaikkan kadar yuran bagi golongan T15 untuk membantu pelajar bagi kedua golongan yang dinyatakan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Belanjawan kali ini merupakan yang ketiga dibentangkan beliau di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ernie Zakri
Faisal Halim Tunjuk Reaksi Positif, Sedang Lakukan Prosedur Graf Kulit

Terbaru, Faisal Halim dilaporkan sedang melakukan prosedur graf kulit atau tampalan kulit bagi menutup luka lecur tahap empat yang dialaminya kerana insiden disimbah asid baru-baru ini.
Pemain sayap Selangor FC itu menunjukkan reaksi yang positif semasa prosedur graf kulit dan teruja untuk menjalani sesi fisioterapi untuk kembali beraksi.
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menyifatkan lapisan kulit yang dibawa dari luar negara untuk digunakan dalam prosedur bermula Khamis lepas itu dilihat sesuai.

Katanya, “Setakat ini, saya lihat kondisi Faisal bertambah baik dengan proses ‘skin allograft’ juga boleh dikatakan berjaya tanpa sebarang masalah”.
Pada 5 Mei lalu, Faisal Halim mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.
Pemain yang berusia 26 tahun itu dijangka tidak akan dapat beraksi selama lima ke enam bulan. Insiden tersebut merupakan kejadian malang kedua selepas pemain bola Terengganu FC, Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera di kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya pada 2 Mei lalu.
Kes serangan terhadap pemain bola sepak negara tidak berhenti disitu apabila cermin kereta pemain kelab kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim dipecahkan oleh dua lelaki bermotosikal dengan menggunakan tukul besi pada 7 Mei lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tawaran Pampasan €2000 Oleh Pedofil Asal Malaysia Ditolak, Ibu Bapa Mangsa Anggapnya Satu “Penghinaan Besar”

Dr. Amirul Arif Mohd Yunos, seorang pakar psikiatri kanak-kanak yang berasal dari Malaysia dan berkhidmat di Dublin, Ireland didapati bersalah kerana melakukan penderaan dan pengantunan seksual (sexual grooming) terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di Ireland.
Difahamkan, mangsa mengenali Dr. Amirul Arif di pusat Child and Adolescent Mental Health Services (CAMHS). Ibu bapa mangsa diperkenalkan kepada doktor berkenaan kerana mangsa mengalami kegelisahan selepas COVID-19. Lalu, beliau menawarkan rawatan terapi bagi membantu mangsa.

Untuk tempoh lebih setahun selepas itu, Dr. Amirul Arif didakwa merogol mangsa, menggunakan penutup mata, mencekik dan menekan leher mangsa dan menghalang jeritannya.
Perbuatan pengantunan seksual itu diklasifikasikan doktor itu sebagai ‘pelajaran biologi’ manakala bahan pornografi yang dihantarkannya kepada mangsa pula adalah ‘bahan pelajaran’ untuk pertemuan mereka yang seterusnya. Sesi-sesi selepas pertemuan pertama dengan ibu bapa mangsa tadi dilakukan Dr. Amirul Arif secara senyap-senyap di belakang ibu bapa mangsa.
Selepas mendapat tahu mengenai perlakuan doktor itu, ibu mangsa bertambah terkejut selepas anaknya memberitahu segala perbuatan terkutuk yang diperlakukan ke atasnya itu adalah ‘bayaran’ perkhidmatan terapi oleh doktor berkenaan.
*
Khamis lalu, Mahkamah Jenayah Daerah Dublin mendapati doktor di pejabat Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja (CAMHS), Dublin itu bersalah lalu menjatuhkan hukuman penjara lapan setengah tahun ke atas lapan tuduhan mendera dan melakukan pengantunan seksual terhadap mangsa sejak dia berusia 14 tahun.
Perkhabaran tersebut pantas meraih perhatian rakyat Malaysia yang mengutuk keras kesalahan yang dilakukan oleh Dr. Amirul Arif yang berdasarkan pengalaman dan kelayakan harus tahu betapa terkutuknya perbuatannya itu. Rata-rata bersetuju agar Dr. Amirul Arif dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya di sana.
*
Memetik kenyataan laporan The Irish Independent baru-baru ini, pasukan peguam Dr. Amirul Arif Mohd Yunos difahamkan cuba menawar pampasan bernilai €2000 atau kira-kira RM9,320.40 kepada mangsa. Tawaran itu ditolak ibu bapa mangsa yang menganggapnya sebagai satu bentuk ‘penghinaan besar’.
Tambah ibu mangsa lagi, beliau terkejut apabila mendengar keterangan keluarga Dr. Amirul Arif di Ireland dan Malaysia yang memberi sokongan kepada pelaku ketika perbicaraan berlangsung di mahkamah.
Keterangan menyokong itu, lapor The Irish Independent, dibuat oleh isteri pelaku, kakak, bapa dan mentuanya di Malaysia. Turut ada untuk memberi sokongan di Ireland ialah seorang saudara perempuan pelaku yang berkhidmat sebagai seorang doktor kanak-kanak di Ireland, suaminya dan ibu pelaku yang datang dari Malaysia.
“Dia berasal daripada keluarga berpengaruh di Malaysia. Kami merasa jijik terhadap keluarganya dan orang lain yang memberikan keterangan mengenai wataknya yang baik.
“Sangat menakutkan bila memikirkan sejauh mana toleransi mereka (keluarga pelaku) terhadap jenayah seperti ini melibatkan seorang kanak-kanak,” kata ibu mangsa kepada akhbar The Irish Independent.
Difahamkan buat masa ini, ibu bapa mangsa sedang memberi tumpuan untuk membantu anak mereka pulih daripada trauma yang dialami.
Mereka juga sedang membantu mangsa untuk tidak lagi mempunyai niat membunuh diri akibat tekanan dan memperbaiki rutin makannya selepas ini.
SUMBER: Malaysia Kini
SUMBER FOTO UTAMA: pexels.com (RDNE Stock Project)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kolaborasi ‘Giveaway’ Dengan Jenama Adidas, Zus Coffee Mohon Maaf Secara Terbuka

Jenama minuman pilihan ramai, Zus Coffee tampil permohonan maaf secara terbuka selepas menerima kritikan daripada pengguna media sosial berhubung berkolaborasi dengan jenama Adidas.
Zus Coffee memberitahu, penyertaannya pada acara itu dan pemberian kasut Adidas yang diiklankan di akaun Instagramnya adalah aktiviti yang dilakukan hanya sekali sahaja dan tidak akan berlaku lagi.
“Kami tidak akan mengaitkan diri kami dengan peperangan dan mengutuk secara tegas sebarang tindakan keganasan. Kami akan lebih berhati-hatidalam aktiviti yang kami lakukan, dan jenama yang kami bakal bekerjasama.
ARTIKEL BERKAITAN: Natasha Hudson Titip Pesanan -“Belajar Untuk Tolak, Anda Tak Layak Untuk Dilayan Seperti Orang Bodoh…”

“Untuk mengelakkan kejadian ini berulang, kami mengambil setiap tindakan yang perlu untuk mengukuhkan dasar dan prosedur kami untuk memastikan amalan yang terbaik. Kami memohon maaf dan dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan itu,” katanya.
Terkini, jenama tersebut telah meraih perhatian warganet apabila dilihat berkerjasama dalam melakukan aktiviti giveaway bersama Adidas. Tangkapan layar di Instagram oleh rangkaian kopi tersebut dilihat sedang mengumumkan pemberian kasut Adidas kepada mereka yang bertuah.
Pemerhatian Remaja mendapati, Zus Coffee telah memadam perkongsian berkenaan sementelah mendapat kecaman hebat warganet.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Zus Coffee