Berita

#Belanjawan2025 : Yuran SBP Dan IPTA Bakal Dinaikkan Kepada Kumpulan Kaya, Tak Jejaskan Golongan B40 & M40

Share

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi pendidikan di Sekolah Berasarama Penuh (SBP) dan Institut Pengajian Awam (IPTA).

Beliau memaklumkan, kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran kedua institusi berkenaan kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan, kenaikan yuran itu tidak akan menjejaskan kumpulan B40 dan M40.

Anwar berkata, penyasaran subsidi juga akan dilakukan dengan menaikkan kadar yuran bagi golongan T15 untuk membantu pelajar bagi kedua golongan yang dinyatakan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Belanjawan kali ini merupakan yang ketiga dibentangkan beliau di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Ernie Zakri

Published by
Fath