Beli Coklat Di Langkawi, Gadis Ini Semak Kandungan Guna Google Translate Tertera Daging Khinzir

Share

Isu halal bagi sesuatu produk makanan yang dihasilkan diluar negara sering menjadi persoalan dalam masyarakat Islam kerana khuatir ia mengandungi bahan terlarang atau cara pembuatan yang tidak sah untuk dimakan.

Terbaru, seorang pengguna di media sosial yang dikenali sebagai Noor Ain Zulaiha telah pun berkongsi di grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM) tentang kisah kakaknya terbeli coklat pepero perisa strawberi yang dikatakan mempunyai unsur yang berkaitan dengan khinzir.

Ain berkongsi cerita tentang percutian kakaknya di Langkawi pada hari raya Aidiladha baru-baru ini telah pun membawa balik sekotak besar pepero strawberi dan dilihat pada kandungan bahan yang tertulis didalam bahasa Inggeris tidak ada yang membimbangkan.

Lalu, dia mencari logo halal tetapi tidak dijumpai. Pada kotak kecil coklat tersebut mengandungi tulisan Korea sepenuhnya. Disebabkan tidak memahami bahasa tersebut, gadis ini menggunakan google translate dan apa yang mengejutkan terdapat penggunaan ‘pork

’ dalam coklat tersebut (rujuk gambar).

Tidak puas hati, dia terus mencari tahu dengan menggunakan google translate perkataan pork kepada Korea dan hasilnya tulisan yang sama seperti yang tertulis di kotak coklat itu. Untuk mengesahkannya, gadis ini bertanyakan kepada rakannya yang belajar bahasa Korea dan individu tersebut mengiyakan bahawa memang terdapat kandungan pork didalamnya.

“Bahan buat biskut tersebut memang tidak ada kandungan babi dalam pembuatannya, namun tetapi kilang itu memproses benda yang berkaitan dengan babi juga,” jelasnya.

Jelas gadis ini lagi, dia bukannya ingin menghalang orang daripada membeli tetapi cuma mahu mengetengahkan cara menggunakan google translate

sekiranya bahan-bahan yang ditulis berpandukan bahasa asing.

Sekiranya berasa ragu-ragu sama ada makanan yang dijual mempunyai sijil halal atau tidak, korang boleh melakukan pencarian status halal di Portal Rasmi Halal Malaysia untuk mengesahkannya.

Sumber: Noor Ain Zulaiha

Published by
Noor Ain Norman