Memang sakit hatikan bila kena tipu. Rasa kalau orang menipu itu ada depan mata, mahu penumbuk naik ke muka.

Inilah yang dirasai  seorang wanita dari Milwaukee, Wisconsin, apabila hajatnya mahu membeli telefon pintar iPhone 6 bertukar menjadi dendam kerana dia tidak mendapat telefon seperti dihajatinya sebaliknya sebaik membuka kotak, di dalamnya terdapat 11 kepingan kentang yang belum digoreng.

Beli iPhone 6 Tapi Bila Buka Kotak Hanya Ada Kentang Dalamnya
Hanya ada kentang sebaik mangsa membuka kotak iPhone 6 nya -pix LiveLeak

Dipetik dari Metro UK wanita ini telah dipedaya oleh seorang lelaki yang menjual telefon bimbit tersebut pada harga USD100 (RM411) sempena jualan “Black Friday”.

“Saya bertanya kepadanya, adakah dia ada menjual iphoene 6 dan dia mengakui ada menjual pelbagai jenis barangan. Baju, kasut, jam tangan, dompet, DVD, CD, telefon bimbit dan komputer riba.

“Bila saya bertanya mengenai iPhone 6 dia kata ada dan akan menjualnya pada harga USD100.

Demi memastikan lelaki berkenaan benar-benar tidak menipunya, wanita tersebut menyuruh lelaki tersebut mendail telefon bimbit yang telah diaktifkan.

“Ya, ia berbunyi dan saya yakin dengan hal itu. Saya kemudian membayarnya dan bawa pulang selain lelaki berkenaan memberi resit sebagai bukti. Bila balik ke rumah, saya hadapi di dalam kotak berkenaan ada 11 potongan kentang selain pengecasnya.

Beli iPhone 6 Tapi Bila Buka Kotak Hanya Ada Kentang Dalamnya
Yang ada hanya pengecas sahaja. Mana nak dicucukkan – picLiveLeak

Mangsa itu menambah, “Apa yang saya sepatutnya lakukan dengan ini? Saya sangat sakit hati sekarang. Segala-galanya sangat menyakitkan hati!

Ads

Kalau kita di tempatnya pun kompom sakit hatikan. Dah penat-penat keluarkan duit, kentang yang dapat. Sapa tak sakit hati.

TENGOK VIDEO DI BAWAH BAGAIMANA SAKITNYA HATI WANITA INI BILA KENA TIPU

Ads

 

 

 

Ads

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI