Beli Produk Penjagaan Wajah Percuma Kad SIM Dengan Data 5GB, Berbaloi-Baloi!

Share

Penjagaan kulit wajah sangat penting supaya seseorang individu kelihatan lebih bersih, menarik dan juga segar. Wajah yang tampan ataupun cantik bukan bergantung kepada warna kulit, tetapi lebih kepada kesihatan kulit yang nampak sihat tanpa noda. Cerah, gelap, kuning langsat atau sawo matang, setiap jenis warna kulit ini mempunyai kelebihan sendiri. Betul tak?

ARTIKEL BERKAITAN : Penjagaan Kulit Bukan Hanya Untuk Perempuan, Influencer Kongsi Rutin Skincare

Tapi bukan hanya penjagaan kulit, pelan data internet kelajuan tinggi juga penting juga buat remaja zaman sekarang kan?

Servis muka, servis pelan sekali!

Okay ada berita baik untuk korang semua, korang boleh dapatkan SIM Yoodo PERCUMA dengan pembelian Safi skincare bernilai RM15 dalam satu resit di mana-mana cawangan Econsave, Mydin & Guardian.

Promosi ini adalah kerjasama khas antara Yoodo – syarikat telekomunikasi boleh ubah suai sepenuhnya dan 100% digital pertama di Malaysia – dan Safi, jenama penjagaan kulit Halal yang terkenal dan dipercayai di Malaysia. Korang yang membeli pencuci muka Safi, air micellar atau essences, perhatikan jalur merah salmon yang terdapat pada bungkusan untuk mendapatkan kad SIM Yoodo secara percuma dengan data kelajuan tinggi sebanyak 5GB!

Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo, berkongsi bahawa langkah strategik tersebut memberi peluang kepada setiap pelanggan Safi untuk merasai pengalaman penyesuaian dan sentiasa berhubung dengan Yoodo.

Kami kini menawarkan ketersambungan, fleksibiliti dan kepuasan pelanggan kepada segmen populasi yang lebih luas berbanding sebelum ini, seperti mereka merasai sendiri yang terbaik dalam bidang kecantikan Halal.

Para pelanggan yang membeli mana-mana produk penjagaan kulit Safi bernilai RM15 dan ke atas dalam satu bil akan menerima kad SIM Yoodo secara percuma. Promosi ini boleh didapati di semua cawangan Mydin bermula hari ini dan juga mulai 1 Februari 2022 di semua cawangan Econsave dan Guardian.

Promosi istimewa daripada Yoodo dan Safi ini akan berlangsung sehingga 31 Mac 2022 di semua cawangan Mydin dan sehingga 20 April 2022 di semua cawangan Econsave dan Guardian di seluruh negara, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut,  sila layari https://www.yoodo.com.my/safi/ atau Facebook Safi Malaysia.

Jimat kan?

ARTIKEL BERKAITAN : Produk Penjagaan Badan Pilihan Remaja Buat Si Hijabista, Kekal Segar Sepanjang Hari 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana