Kewangan

Beli Rumah & Kereta Idaman Di Usia Muda. 7 Cara Mudahkan Urusan Pinjaman Bank

Share

Memiliki rumah dan kereta idaman di usia muda adalah impian ramai orang. Namun, realitinya, mendapatkan pinjaman bank untuk merealisasikan impian ini tidak semudah yang disangka. Prosesnya memerlukan perancangan yang teliti, disiplin kewangan, dan pemahaman tentang keperluan bank.

Tapi lain pula cerita Yt Farhan, seawal usia 24 tahun dah pun beli rumah sendiri. Kereta idaman pun dah dapat. Muda lagi! Bukan asal dari keluarga berada tapi semua ini diusahakan sendiri dari titik peluhnya yang menjalankan perniagaan menjual dan membaiki gajet.

Macam mana boleh beli rumah usia semuda ini? Ha begini caranya…

Tip beli rumah di usia muda

Ini tips beli rumah yg sy boleh share. & tips ni amat berguna buat anda yg bisnes. Sbb tips nilah yg sy gunakan ntk beli rumah dulu kemudian beli kereta idaman.

Jgn beli kereta dulu lepas tu plan beli rumah nanti loan anda susah nak lulus, sbb loan kereta 9 tahun shj, loan rumah pulak bole ikat sampai 30 tahun ke atas ikut umur kita, walaupun kita beli rumah RM200k @300k bulanan, tetap boleh dgr sbb ikat lama tak macam beli kereta.

Ntk yg keje dgn majikan lebih mudah kalau ikut tips ni sbb ada bbrp dokumen anda yg majikan dah siapkan. Usia pun main peranan kalau muda sgt bank susah nak bg lulus sekurang-kurangnya 18 tahun sbb adik sy backup penjamin sy dia umur 19 kot tahun ni, sy pulak 24. Kalau tua sgt pun bank bg lulus takat brp % je loan.

Jangan beli kereta dulu

So pd usia muda ni amik peluang nak beli rumah. Kita buat lain dari yg lain, mcm kawan-kawan beli kete dulu, kita beli la rumah dulu, naik kete lama pon  tak pe janji nama takde hutang kat kereta. Ini pengalaman sy beli rumah yg sy nak share :

1. Pilih/kaji/aim kawasan perumahan yg anda nak beli dari segi geografi@ekonomi ikut tujuan anda.

2. Cari pemaju & buat bayaran booking fee,jumlah bayaran booking pemaju yg tetapkan dalam lingkungan RM500 keatas jika loan anda tak lulus duit booking fee ni akan dikembalikan (perkara ni kene tanya dari awal). Lepas buat bayaran booking anda akan dapat 1 document iaitu SALE & PURCHASE AGREEMENT S&P. & dokumen ni bawa ke bank yg pemaju syorkan @ bank yg anda nak buat loan.

3. Bank akan mintak :
a) SSM & ic.

b) Penyata kewangan untung/rugi ntk 2 tahun : ini bg yg berniaga, dokuman ini kita akan dapat bila kita buat dgn juru audit bertauliah, segala resit beli stok & perbelanjaan bil, Si juru audit ni yg akan kira ntk kita, yg bergaji bank akan minta slip gaji utk bbrp bulan.

b) Slip bank akaun semasa, sape yg bisnes tak buat akaun bank semasa sgt lah rugi sbb bank nak tengok benda ni duit keluar masuk bisnes kita.

c) Lengkapkan dokumen E-Filing kene daftar online dalam laman web LHDN. Dalam dokumen E-Filing ade nombor Cukai pendapatan kita nombor cukai pendapatan kita sgt penting.

d) Slip bayar cukai pendapatan ke LHDN, dokumen ni bank pon nak 2 tahun, sbb bank nak tengok mcm mana tumbesaran bisnes kita. Dokumen ni jgn risau juru audit bole setel kan untuk kita jgk.

e) 10% deposit drpd harga rumah yg kita nak beli.

f) Tak cukup dgn 10% deposit anda kene lebihkan duit ntk YURAN GUAMAN, YURAN PINDAH NAMA PEMILIK & DUTY SETEM, serta YURAN PENILAIAN RUMAH. Jumlah semuanye mungkin 5% dari harga rumah. So kene standby duit lebih sikit. Kalau anda bernasib baik ade pemaju yg tanggung semua kos ini.

g) Kalau keliru nak pilih pinjaman peribadi yang terbaik, anda bolehlah layari iMoney.my. Sebab di iMoney.my, anda boleh bandingkan tawaran pinjaman peribadi dengan cara terpantas dan mudah!

Kalau ada tunggakan PTPTN cepat-cepatlah clear

4. Lengkap semua dokumen diatas semoga permohonan kita lepas dari segi “scoring bank“ & clear dari CCRIS walaupon CCRIS PTPTN, kalau ada tunggakan PTPTN cepat-cepatlah clearkan kalau tak mmg permohanan kita gagal.

5. Jika permohanan bank luluskan kita dah bole bayar baki deposit + duit booking masa mula-mula nak dapatkan S&P. & bole buat segala bayaran urusan bank & guaman.

6. Proses terakhir makan masa sikit ikut bank & pihak peguam uruskan mcm mana. Bila loan kita lulus & masuk dalam poket pemaju kita dah boleh dapat kunci rumah kita. Lepas tu boleh lah setup bekalan TNB, Air & dll.

7. Selain tu anda boleh sertakan dokumen simpanan ASNB, penyata KWSP, simpanan Tabung Haji atau combine segala dokumen dgn adikberadik/isteri/suami bg kukuhkan permohonan anda.

Deposit yg dah dibayar pun kene pastikan ditolak dari jumlah pembiayaan yg kita mohon & kira balik faedah % yg di kenakan. Supaya takde pihak ketiga yg amik kesempatan atas pembelian rumah kita.(takut ade yg amik deposit tu sbg duit poket mereka).

Persediaan dua tahun

Sy nasihatkan kawan-kawan yg nak beli rumah seelok-eloknye buat persediaan 2 tahun awal. Pastikan akaun semasa dah buat, segala resit yg berkaitan bisnes simpan dalam fail, kalau malas sgt buat penyata untung rugi cari juru audit buatkan utk bisnes kita. Nak beli kereta pun gunakan dokuman yg sama.

Sbnrnya 2 tahun lepas permohonan loan rumah sy pernah ditolak disebabkan ade bbrp dokumen yg sy takde. Sy belajar dr situ betapa susahnye bank nak bg kita pinjam duit walaupun gaji kita beribu-ribu tapi kalau dokumen yg bank perlukan kita tak sedia kan mmg bank tak layan kita. Kalau nak beli rumah cash x pasti macam mana.

Sy bersyukur pd usia sy 24 tahun sy dah adarumah & kereta yg sy impikan. Beruntung sgt di saat kawan-kawan belum tahu pasal beli rumah sy dah tahu. & sy harap anda semua berjaya beli rumah yg anda nak dgn perkongsian sy ni. Kalau ade dokumen yg tak paham atau tak tahu tu boleh lah tanya saya jgn segan ye.

By Yt Farhan #Yourstruleys

Sumber: Yt Farhan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana