Belia India Bantu Bersihkan Kawasan Masjid Bukti #RakyatJagaRakyat

Share

When things look gloomy, there is always a silver lining.

 

Sebuah klip yang menunjukkan sekumpulan belia kaum India bersama-sama membantu membersihkan kawasan luar sebuah majlis di Klang, Selangor yang terjejas akibat banjir telah menerima reaksi positif daripada warganet seluruh negara.

Klip berdurasi pendek yang dimuat naik oleh pemuda bernama Rajeam Kumar menerusi akaun TikTok-nya, @rejean0810 telah mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang merasakan ia adalah salah satu momen mengharukan daripada waktu pasca-banjir yang jarang-jarang sekali dapat kita saksikan.

@rejean0810 #MisiBantuanBanjir#KerjaPembersihanMasjidDiKlang#KitaPrihatin#BangsaMalaysia#WeCare ♬ original sound – VM SAJATH-❤️-AMMA-❤️-BOYS-🌿S

Jelas, rakyat Malaysia sentiasa mempunyai nilai perpaduan dalam diri masing-masing dan kita saling menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang. Klip yang menunjukkan mereka tekun membersihkan kawasan masjid tersebut sambil kadangkala tersenyum melihat ke arah lensa kamera adalah bukti kepada tanda pagar tular #RakyatJagaRakyat yang sakan digunapakai oleh warganet tempatan sepanjang tempoh seminggu ini.

Tinjauan REMAJA ke bahagian komen mendapati banjiran komen berbentuk penghargaan dan rasa hormat terhadap kumpulan belia yang telah mengorbankan masa dan tenaga itu.

Bagi mereka, inilah nilai yang telah lama kita lupakan wujud di Malaysia.

Ada yang teringatkan semangat perpaduan yang sama pernah mereka saksikan berpuluh-puluh tahun dahulu sewaktu Malaysia masih ‘bergelut’ untuk menjadi negara membangun.

Foto : Tangkap Layar Tiktok @rajean0810
Foto : Tangkap Layar Tiktok @rajean0810

Harapan mereka adalah agar rakyat dapat meneruskan nilai perpaduan sesama kaum. Bagi mereka, inilah keistimewaan yang tiada pada masyarakat negara lain.

Biarpun kadangkala timbul perbalahan kecil, namun perpaduan sebagai rakyat Malaysia haruslah kekal sentiasa agar semangat yang sama dapat diwarisi oleh generasi seterusnya yang bakal memimpin negara.

Di samping itu, ramai juga mengharapkan agar tiada lagi ahli politik yang akan sengaja mencetuskan isu perkauman dan memporak-perandakan kesepakatan kaum di Malaysia demi kepentingan agenda politik sendiri. Sekiranya ada yang berbuat sedemikian, bak kata pengguna TikTok bernama @abgjoe73 di ruangan komen tersebut, “Kita bersatu hati menentang mereka!”.

ARTIKEL BERKAITAN : Azfar Heri & Khairul Aming Gembleng Tenaga Bantu Mangsa Banjir Di Bentong – REMAJA

BACA LAGI : LZS Hulur Bantuan Untuk Mangsa Banjir, Ini Cara Tuntut Sumbangan RM600 – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ