Buli siber dalam konteks zaman sekarang membawa maksud seseorang yang menggunakan peranti elektronik atau telekomunikasi untuk membuli orang lain. Biasanya ia dilakukan dengan menghantar mesej berbaur ancaman, mengejek, mencela, mengajak atau mempengaruhi orang lain serta mengugut.
Semalam kecoh di media sosial apabila penyampai radio tempatan telah memuat naik sebuah video memperlekehkan cikgu Sains yang kelihatan kurang fasih mengajar dalam bahasa Inggeris dalam program DidikTV.
Rentetan daripada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan perkara ini merupakan satu perbuatan buli siber dan turut melahirkan rasa simpati terhadap guru wanita itu.
“Beliau tidak patut ‘dibalun’ kerana hanya menjalankan tugas sebagai pendidik… saya juga beranggapan tidak sesuai jika Kementerian Pendidikan (KPM) diperlakukan (dikecam) sedemikian, kerana ini perkara yang baharu dimulakan dan sudah tentu ada kelemahan di sana sini.
Ads
“Kelemahan ini perlu difahami dan disusuli dengan usaha membaiki keadaan, bagi memastikan kandungannya lebih baik dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Parlimen Indera Mahkota, di Pejabat Parlimen Indera Mahkota di sini, hari ini.
Ads
Saifuddin juga mengulangi pendirian KKMM, bahawa suatu akta anti buli siber perlu diwujudkan bagi menangani masalah tersebut, yang boleh menyebabkan mangsanya berdepan masalah seperti kemurungan, selain pernah berlaku kejadian bunuh diri yang dipercayai berpunca daripada buli siber.
“Kita ada undang-undang seperti Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kanun Keseksaan, namun berkaitan dengan buli siber, kajian oleh KKMM dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) sebelum ini mendapati, lebih 80 peratus pengamal undang-undang berpendapat kita memerlukan undang-undang khusus bagi buli siber,” katanya.
Ads
Difahamkan penyampai radio tersebut tampil memohon maaf akan video yang dimuat naik olehnya. Pihak radio HITZ dalam satu kenyataan mengatakan pihaknya mengambil serius perkara yang berlaku ini. Malah, penyampai radio tersebut telah digantung kerja sementara dan siasatan dalaman akan dijalankan oleh pihak HITZ.
Hmmm…penulis pun kalau muncul di kaca TV mesti la gugup kan, harap perkara ini memberi pengajaran kepada semua agar tidak memperlekehkan orang lain.
Wang, tenaga, teknologi dan tentunya situasi terdesak memungkinkan apa saja terjadi, termasuklah membina sebuah hospital dalam tempoh kurang seminggu!
Itulah perkembangan terbaru di Wuhan China dalam usaha untuk merawat para pesakit wabak Virus Korona.
Kerajaan China mengumumkan pembinaan sebuah hospital khas yang sedang berlangsung di Wuhan. Menariknya, ia hanya akan memakan masa seminggu saja untuk disiapkan!
Hospital sebesar 25,000 kaki persegi ini akan menempatkan 1000 katil. Rahsia di sebalik pembinaan pantasnya pula terletak pada kaedah pembinaan pasang siap (IBS) yang lebih pantas, mudah dan menjimatkan.
Semalam tular foto dari udara yang menunjukkan 35 jentera pengorek dan 10 jentolak sedang giat melakukan kerja di tapak pembinaan.
Ini bukanlah kali pertama China membina bangunan pada kadar segera.
Pada tahun 2003 semasa dunia dilanda wabak SARA, Hospital Xiaotangshan berjaya dibina di Beijing dalam masa seminggu saja. Malah hospital terbaru di Wuhan ini juga menggunakan pelan pembinaan yang sama dengan Hospital Xiaotangshan.
Sehingga kini 25 kematian dan lebih 900 kes telah dilaporkan. Kebanyakannya tertumpu pada daerah di China selain negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Thailand, Taiwan dan Singapura.
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap individu pastinya mempunyai kenangan manis yang dicipta sepanjang hidup mereka. Seperti yang dilalui seorang siswazah meraikan dua berita gembira dalam satu hari, pagi bernikah dan petang menghadiri hari konvokesyen.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ameerul Hakim Muzi @ Ahmad Fauzi dan pasangan, Nur Izzatul Nabilah Ghazali sepatutnya bernikah pada Mei ini namun disebabkan kekangan kerja isteri yang agak padat, tarikh tersebut telah dipercepatkan dan majlis sudah ditetapkan di sebuah hotel.
Graduan itu hanya mengetahui hari konvokesyen pada bulan lepas dan mustahil baginya untuk menunda atau mempercepatkan tarikh pernikahan kerana semua persiapan sudah dibuat seperti tempahan hotel dan undangan tetamu.
Jelasnya, dia pada awalnya terkilan dan sedih kerana terpaksa membuat keputusan untuk tidak hadir di majlis konvokesyen dan menganggapnya sebagai tiada rezeki, namun sebaik sahaja dimaklumkan kepada pihak UniSZA bahawa dia tidak dapat hadir kerana majlis pernikahan, lain pula yang berlaku. Pihak pengurusan UniSZA memberi kebenaran untuk Ameerul Hakim hadir pada sesi petang.
Inilah yang dikatakan rezeki kahwin. Hiks! Semua urusannya dipermudahkan dan kedua-dua majlis juga berjalan dengan lancar. Walaupun kepenatan, tetapi semuanya berbaloi kerana dapat meraikan dua majlis bahagia ini dalam masa serentak.
Tahniah kami ucapkan kepada Ameerul Hakim dan pasangan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tindakan pantas Ustaz Ebit Lew yang berasa sayu melihat penduduk di Selangor yang terjejas bekalan air membuatkan beliau segera membeli air dua lori besar untuk mengagihkan air bagi membantu penduduk di kawasan terjejas.
Dalam perkongsian di fbnya, Ustaz Ebit Lew membuat agihan membantu penduduk di kawasan pinggiran Batu Caves yang mana menurutnya masih belum selesai pengagihannya walau sudah dilakukan sejak 10 malam tadi.
Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli 2 lori besar air untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.
Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.
Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.
Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.
Terima kasih Ustaz, semoga Allah membalas semua jasa baik Ustaz di dunia ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Kim Seri baru-baru ini tampil mengakui kelemahan pengurusan kewangan perniagaan melibatkan restoran miliknya di Korea Selatan yang mengalami kerugian menjadi punca...