Kekeluargaan

Bella Astillah Redha – “Tahniah Bekas Sahabat Saya, Ruhainies Berjaya Meruntuhkan Masjid Ini…”

Share

Pengakhiran satu jilid dalam kehidupan seorang insan bernama Dayang Ara Nabellah Binti Awang Astillah atau Bella Astillah setelah disahkan bercerai talak satu daripada bekas suami yang juga selebriti, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta hari ini.

Bella ketika ditemui pemberita di kawasan mahkamah kelihatan tenang sejak tiba hinggalah setelah tamat proses ucapan lafaz. Buat penceraian kali kedua ini, Bella sudahpun berfikir masak-masak dan nekad untuk memulakan kehidupan baharu demi kebahagiaan dirinya serta anak-anak; Mohamad Ayden Adrean, 8 dan Ara Adreanna, 4. Ini setelah Bella diumumkan menerima hak penjagaan mereka sepenuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah & Aliff Aziz Sah Bercerai Talak Satu – REMAJA

Menerusi satu coretan di akaun Instagram, Bella mengakui dirinya sudah memperjuangkan hubungan rumah tangganya sehingga ke saat terakhir namun ia ternyata sia-sia kerana perjuangannya itu sekadar bertepuk sebelah tangan.

“Saya selalu mengimpikan rumahtangga yang kekal tetapi bila difikirkan valik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir.

“Doa saya agar kehidupan baru saya bersama anak-anak dipermudahkan dan saya akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka. Tiada penyelesaian, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup.

“Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam kerana jika berpisah, lukanya pun pasti terlalu dalam,” catatnya.

Bella Astilla (tengah) bergambar bersama bekas sahabatnya, Ruhainies dan bekas suami, Aliff satu ketika dahulu.

Dalam pada itu, Bella juga merakamkan mesej ringkas namun dalam maksudnya kepada insan ketiga yang terpalit dalam rumah tangganya yang juga merupakan rakan seindustri, Ruhainies.

“Dan buat kali terakhhir, saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka,” simpul Bella.

BACA LAGI: Ruhainies Buat Penampilan Istimewa Di Rumah Terbuka Fiziwoo, Ingin ‘Move On’ Daripada Kontroversi – REMAJA

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies didakwa dalam kes khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac 2024.

Susulan pembongkaran tersebut, satu-persatu pekung Aliff yang selama ini tersimpan kemas turut menjadi bahan bualan orang ramai termasuklah pernah berlaku curang terhadap Bella sekerap 11 kali di belakangnya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ