Aktres dan penyanyi jelita, Bella Astillah tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi kisah putera sulungnya, Mohamed Ayden Adrean, yang memaklumkan mengenai acara pertemuan ibu bapa di sekolah.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Inayah Beauty di TikTok, Bella menzahirkan rasa kasihan dengan anak lelakinya itu yang kini hanya bergantung padanya sebagai ibu.
ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Tampan Putera Sulung Diana Danielle & Farid Kamil Curi Perhatian -“Muka Macam Nicholas Galitzine”
“Ayden cakap dengan saya, ‘Mommy, tomorrow I have parents’ day’. Bella cakap, ‘It’s okay, ada mommy’. Saya tak pernah ada pengalaman macam Ayden.
“Daripada saya sekolah dan sampai sekarang pun, mama dan papa Bella selalu ada. Jadi bila Ayden kata macam itu, Bella jadi macam kesian dekat dia,” katanya.
Selain itu, pelakon naskhah Aku Tanpa Cintamu ini turut memaklumkan bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah pada hari tersebut kerana urusan kerja.
Bagaimapun, Bella yang akan diwakili oleh ibu dan bapanya berharap agar Ayden berada dalam keadaan yang baik di sekolah.
“Bella ada kerja jadi saya cakap pada Ayden, ‘Kalau Lola dan Lolo (datuk dan nenek) boleh tak?’.
“Dia kata boleh sahaja. Jadi saya harap dia okay saja di sekolah, insya-Allah,” ujar Bella lagi.
Sekadar info, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz pada 9 September 2016, sebelum sah bercerai buat kali kedua pada 13 Jun tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Inayah Beauty