Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menzahirkan penghargaan buat Bella Astillah atas sokongan moral yang diberikan kepadanya di Istana Kehakiman, hari ini.
Menerusi laporan media tempatan, Syed Saddiq tidak lupa memberi pujian terhadap pelakon dan penyanyi popular itu, dengan menyifatkannya sebagai seorang wanita yang luar biasa.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi memberi sokongan buat Syed Saddiq, apabila menemani beliau ke Mahkamah Rayuan, hari ini.
Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Bella dilihat anggun berbaju kurung, tiba di pekarangan Istana Kehakiman pada pukul 8.40 pagi, menunjukkan sokongan buat Ahli Parlimen Muar itu.
Hari ini, pendengaran rayuan Syed Saddiq diteruskan bagi mencabar sabitan dan hukuman terhadap empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Bella sebelum ini turut menemani Syed Saddiq ke sidang Dewan Rakyat, di mana mereka berdua kelihatan serasi mengenakan pakaian sedondon.
Syed Saddiq segak berbaju Melayu manakala Bella anggun dengan baju kurung.
Menariknya, anak sulung Bella, Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff, turut hadir pada hari tersebut, berpakaian segak seperti seorang ahli Parlimen lengkap dengan kot kelabu dan tanda nama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok thehazzzzzzs
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi antarabangsa terkenal, Dua Lipa memaklumkan dirinya sanggup berdepan dengan kecaman ramai disebabkan oleh kenyataan politiknya yang mengatakan operasi ketenteraan di Gaza sebagai satu bentuk genosid oleh rejim Israel.
Menerusi satu temu bual bersama Radio Times, penyanyi lagu popular New Rules itu berkata bahawa dia akan memastikan untuk menyemak dirinya berkali-kali sebelum mengeluarkan suatu kenyataan.
“Apabila saya bercakap tentang isu yang bersifat politik, saya akan menyemak diri sendiri dua, tiga kali sehingga merasakan ini adalah sesuatu yang lebih besar dari saya.
“Dan ia harus dilakukan dan itu sahaja sebab saya memuat naik hantaran itu,” katanya dalam temu bual tersebut.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh penyanyi berketurunan Britain-Albania itu kerana dia merasa ia adalah demi ‘kebaikan sejagat’ dan berbaloi untuk berhadapan dengan sebarang risiko.
“Ia sentiasa akan dikecam dan berhadapan pandangan berbeza, jadi ia merupakan keputusan yang besar.
“Saya menyeimbangkannya kerana akhirnya saya berasa ia adalah demi kebaikan yang lebih besar, oleh itu saya sanggup (menerima kecaman),” ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas berjanji untuk melancarkan sebuah badan organisasi amal pada tahun lalu, penyanyi rap terkenal, G-Dragon baru-baru ini telah melancarkan sebuah Yayasan JUSPEACE pada 5 Ogos.
G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji Yong (36) dikatakan akan berkhidmat sebagai pengerusi kehormat dan telah mendermakan sebahagian daripada hasil hak cipta yang diperolehnya.
Dalam pada itu, Galaxy Corporation turut mendedahkan butiran dalam satu kenyataan rasmi menyatakan bahawa pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama penasihat, pakar, dan juga beberapa perbincangan dengan beberapa pihak sejak Januari lalu.
Difahamkan, kira-kira 50 tenaga pakar dari pelbagai bidang akan bergabung dalam gerakan yayasan ini, menyokong projek perkhidmatan awam yayasan, pengumpulan derma, dan publisiti luar.
Selain itu, Yayasan JUSPEACE juga bertujuan untuk meningkatkan perkongsian hak cipta dengan orang ramai, menyokong individu seni, membantu pencipta yang terlibat dalam kerja kepentingan awam, mempromosikan terapi seni dan kesejahteraan mental melalui seni, dan menawarkan terapi muzik untuk individu muda yang bergelut dengan ketagihan dadah.
“Artis bukan sahaja mencipta karya seni, mereka boleh menjalani kehidupan yang membawa kebahagiaan dan kedamaian kepada dunia. Saya berfikir bahawa selain memberikan cinta dan kedamaian kepada dunia melalui muzik, saya boleh membantu lebih ramai orang dengan benar-benar melakukan pengabdian masyarakat atau menubuhkan yayasan awam untuk menunjukkan pengaruh positif saya” – G-Dragon
Sebelum ini, nama G-Dragon telah dibersihkan susulan daripada tuduhan penggunaan dadah pada akhir tahun 2023 lalu. Kemudian, G-Dragon telah menyatakan hasratnya untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi membantu mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, terutamanya yang masih kanak-kanak dan remaja.
Dalam perkembangan terkini, G-Dragon dilaporkan akan membuat kemunculan semula pada musim luruh dengan konsert yang dijadualkan pada bulan November atau awal tahun depan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jarang-jarang kita dengar pujian terbuka daripada figura terkenal, tapi itulah yang berlaku bila Datin Seri Nur Shahida tampil berkongsi pandangannya tentang sikap sopan seorang...