Peragawati adik-beradik popular, Bella Hadid dan Gigi Hadid merupakan sebahagian daripada model yang memberanikan diri dengan gaya rambut terbaru di pertunjukan fesyen Marc Jacobs musim luruh 2022.
Bertempat di perpustakaan awam New York City, model-model yang berjalan untuk Jacobs telah memeranjatkan ramai tetamu di sana dan mereka yang menontonnya secara live menerusi media sosial; bukan disebabkan stail koleksi yang mereka sarungkan tetapi kerana gaya rambut futuristik.
Ia merupakan kombinasi gaya mullet dengan bahagian sisi yang dicukur kemas. Sekali imbas, penulis terus teringat dengan imej karakter dalam filem ‘Girl With The Dragon Tattoo’!
Adakah sememangnya Bella, Gigi dan model lain sanggup komited untuk menukar kepada gaya rambut mullet?
Well, ia hanyalah rambut palsu yang ditata rias oleh penata gaya popular merangkap artis protestik, Duffy yang bertugas untuk pertunjukan fesyen Marc Jacobs ini. Prosesnya memerlukan model untuk dipakaikan ‘kulit sintetik’ untuk mendapatkan imej botak dahulu.
Kemudian barulah rambut palsu khas ditempatkan pada kepala. Namun, ia memang nampak seperti rambut asli kan!
Tambahan pula, cara Bella dan Gigi yang menutup kepala dengan ikatan jaket serta topi sewaktu pulang menyemarakkan lagi spekulasi para model di pertunjukan fesyen Marc Jacobs benar-benar mencukur rambut.
Selain gaya rambut lain daripada lain ini, kening model juga dilunturkan warnanya (satu trend yang semakin boleh diterima sekarang) demi membiarkan wajah serta pakaian mereka tambah menonjol.
Ini bukanlah kali pertama gaya model di pertunjukan fesyen mengejutkan tetamu yang hadir. Januari lalu, koleksi Viktor & Rolf juga telah menarik tumpuan disebabkan gaya bahu seakan pakaian watak Drakulanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Stail Bahu Terangkat Ilham Filem ‘Drakula’ Di Pertunjukan Fesyen Viktor & Rolf – REMAJA
BACA LAGI : Lisa, V BTS, Bergabung, Meletup! Hangatkan Pertunjukan Fesyen Celine Setelah Naiki Jet Serupa – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.