Bella Hadid Berisiko Hilang Kontrak Kerana Lantang Pertahankan Palestin?

Share

 

Model antarabangsa, Isabella Khair Hadid atau lebih komersil dikenali sebagai Bella Hadid telah terus-menerus bersifat lantang dalam melaungkan sokongannya terhadap rakyat Palestin yang berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara mereka.

Sejak serangan dicetuskan oleh tentera Israel ke atas jemaah Islam Palestin yang sedang beribadah pada 10 malam terakhir Ramadan, Bella telah mengecam kekejaman rejim tersebut yang tidak berperikemanusiaan.

Tidak ramai selebriti Hollywood yang berani tampil ke hadapan untuk menegakkan keadilan selain daripada Bella, kakaknya Gigi Hadid, The Weeknd, Mark Ruffalo, Natalie Portman, Zayn Malik dan Dua Lipa.

Selebihnya, selebriti Hollywood lain seperti Gal Gadot dan Rihanna hanya mengharapkan keamanan dapat dikekalkan di antara Palestin dan Israel ataupun lebih mendukacitakan, enggan memberi sebarang komen. Ini kerana mereka tidak mahu terpalit dengan apa-apa isu yang pastinya timbul di tempat kerja masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN : Selain Selebriti, Bintang Bola Sepak Dunia Turut Serta Dalam Kempen #FreePalestine – REMAJA

Umum mengetahui, dunia hiburan seni Hollywood dan apa-apa industri yang berkait rapat dengannya dimonopoli oleh golongan elit berketurunan Yahudi. Mereka mempunyai wang, kuasa dan mampu mengubah sistem sesebuah industri itu sekiranya ada pihak yang menentang.

Nampaknya, Bella Hadid mungkin sekali sudah terkena tempias akibat tentangannya ke atas rejim Israel. Model itu dikatakan berisiko kehilangan kontrak bersama jenama fesyen dan kecantikan popular Perancis, Dior.

Selama ini, Bella merupakan salah seorang ‘fashion darling’ jenama itu yang tidak pernah serik untuk menjemput Bella menjayakan iklan baharu, berjalan di pentas peragaan Dior malah menghadiri pertunjukan fesyen Dior Men.

Namun selepas kelantangan Bella mendapat laporan menyeluruh dari penggiat media massa dan di media sosial, kelompok pro-Israel mula menyerang ruang komen di akaun media sosial Dior seperti Instagram dan Facebook.

Mereka mulai menyalak dengan kecaman dan berharap agar Dior menghentikan sebarang kerjasama dengan Bella jika Dior enggan dilabel sebagai jenama ‘anti-semitism’ atau anti-Israel. Ada juga ura-ura yang mengatakan kontraknya bakal ditamatkan oleh LVMH iaitu syarikat yang memiliki 75 buah jenama fesyen popular di bawahnya.

Biarpun begitu, tidak kurang juga ramai warganet yang memberi menyokong penglibatan Bella bagi jenama Dior dan sanggup membeli produk Dior disebabkan Bella.

Sekiranya memang benar Bella ditamatkan kontraknya dengan Dior, warganet sudah melaungkan rasa tidak puas hati mereka. Hanya disebabkan oleh penyertaan Bella dalam protes untuk Palestin baru-baru ini di Brooklyn, Amerika Syarikat, suaranya terus ‘disenyapkan’.

Realitinya, itulah harga yang perlu dibayar atas tiket kebebasan bersuara.

BACA LAGI : Berketurunan Darah DiRaja Palestin, Ayah Bella Hadid Bercerita Bagaimana Keluarganya Diusir Dari Rumah Sendiri – REMAJA

Published by
FZ