Bella Hadid Jujur Akui Lakukan Pembedahan Hidung Pada Usia 14 Tahun

Share

Implan, pembedahan plastik dan pembuangan lemak sudah menjadi prosedur biasa dalam kalangan bintang-bintang terkenal. Maklum sajlah, apabila seseorang menjadi tatapan dan ikutan peminat dari seluruh dunia, mereka perlu tampil ‘sempurna’ tanpa merisikokan diri daripada dimalukan dari aspek fizikal.

Begitupun, pendedahan yang dibuat oleh model antarabangsa, Bella Hadid pada hari ini amatlah mengejutkan sehingga ramai tidak percaya gadis berusia 25 tahun itu mempunyai keberanian untuk tampil sejujur ini.

Foto Via Instagram Bella Hadid

ARTIKEL BERKAITAN : Bella Hadid Berisiko Hilang Kontrak Kerana Lantang Pertahankan Palestin?

Terdahulu, Bella pernah menafikan khabar angin mengenai sebarang prosedur pembedahan plastik pernah dilakukan ke atas dirinya selama ini biarpun ramai melihat perubahan drastik berlaku pada Bella terutamanya di bahagian mukanya sebelum dan selepas bergelar model.

Hari ini, Bella tampil mendedahkan bahawa dia hakikatnya pernah menjalani prosedur popular rhinoplasty untuk memperbetulkan hidungnya ketika berusia 14 tahun. Pendedahan ini adalah menerusi temubual eksklusif Bella bersama majalah Vogue Amerika Syarikat bagi keluaran April 2022, dia telah berterus terang mengenainya. Bagaimanapun, keputusannya itu telah disesalinya hingga ke hari ini.

“Kalaulah saya boleh menjaga hidung yang saya warisi daripada nenek moyang saya, saya pasti boleh membiasakan diri untuk hidup dengannya (hidung itu),” katanya. Sebelum ini, Bella sekadar memberi alasan struktur wajahnya berubah disebabkan sudah mencapai usia akil baligh.

Foto Via Instagram Bella Hadid

Berhubung dakwaan hampir semua bahagian mukanya terhasil akibat suntikan filler sehingga mengakibatkan perubahan drastik, Bella Hadid menafikannya dengan berkata, “Semua orang akan kelihatan berbeza daripada penampilan mereka ketika berusia 13 tahun, bukan? Saya tidak pernah menggunakan filler. Mari kita tamatkan (khabar angin itu) di sini.

“Saya tidak mempunyai isu dengan penggunaan filler. Tetapi ia bukanlah untuk saya,”

kata Bella yang berdarah keturunan Belanda-Palestin.

Selain itu, Bella juga menafikan dia pernah menjalani prosedur pembedahan plastik lain seperti ‘eyes lifting’. Sebaliknya, dia berkongsi rahsia menggunakan pita wajah atau face tape sebagai punca wajahnya mampu tegang seperti sekarang.

Bella Hadid (kanan) bersama kakaknya, Gigi.

Bella turut bercerita secara ringkas tentang tekanan yang dirasainya kerana perlu hidup di bawah bayangan kakaknya yang terlebih dahulu mencipta nama dan populariti sebagai model terkenal generasi baharu, Gigi Hadid. Bella tidak terlepas daripada perasaan ‘insecure’ kerana selalu merasakan dirinya tidak sesempurna Gigi.

“Saya adik perempuan yang hodoh. Rambut saya coklat, tidak cool seperti Gigi. Itu yang orang cakap tentang saya. Malangnya, saya mempercayai kata-kata tersebut.”

Apapun, ramai masih menggemari Bella dan berpendapat dia serta ibunya, Yolanda Hadid tidak perlu pun untuk berbohong dan mengaku saja Bella pernah menjalani prosedur seperti rhinoplasty itu sejak awal lagi.

Untuk pengetahuan, pada tahun 2019 Yolanda pernah mencetuskan kontroversi setelah membalas komen seorang pengguna Instagram yang menuduh Bella melakukan pembedahan plastik. Kata Yolanda, tiada seorang pun anaknya pernah mencucuk filler

atau Botox atau apa-apa perkara asing ke dalam badan mereka kerana mereka sudah melihat kesan negatifnya terhadap diri Yolanda sendiri.

BACA LAGI : Berketurunan Darah DiRaja Palestin, Ayah Bella Hadid Bercerita Bagaimana Keluarganya Diusir Dari Rumah Sendiri

Dengan pendedahan Bella ini, ramai warganet tampil kecewa dengan keputusan Yolanda yang membenarkan Bella menjalani pembedahan plastik pada usia semuda 14 tahun dan beranggapan itu bukanlah satu tingkah laku bertanggungjawab oleh seorang ibu.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : USMagazine

Published by
Nana