Kemelut kempen adidas yang diinspirasikan daripada Sukan Olimpik Munich 1972 yang juga merupakan edisi yang menyaksikan pertumpahan darah melibatkan kontinjen Israel telah menimbulkan kemarahan banyak pihak yang menuduh kempen tersebut sebagai satu bentuk provokasi.

Bukan hanya adidas yang terpaksa menelan kata-kata kejian serta pertuduhan yang dilemparkan terhadap jenama yang berpangkalan di Jerman itu.

Malah, wajah penghias kempen berkenaan iaitu supermodel, Bella Hadid juga menerima tempias apabila dituduh sebagai hipokrit.

Selama ini, Bella merupakan salah satu figura paling lantang mempertahankan hak kemanusiaan dan kemerdekaan negara Palestin. Namun disebabkan terlibat dalam kempen berkenaan, Bella dituduh tidak sensitif terhadap kecelakaan yang terjadi ke atas kontinjen Israel.

Ads
Bella Hadid Menyesal Tidak Kaji Kempen Kontroversi adidas & Terlibat Sama, “Kalaulah Saya Tahu Lebih Awal…”
Bella Hadid

Setelah lebih seminggu Bella mendiamkan diri, hari ini model berusia 27 tahun itu akhirnya bersuara bagi menceritakan apa sebenarnya yang terjadi di pihaknya sehingga sanggup terlibat dalam penggambaran kempen agar orang ramai tidak tersalah anggap.

Katanya, dia sama sekali tidak akan melibatkan dirinya dengan projek seni dan kerja yang berkait dengan tragedi kekejaman.

“Sebelum pelancaran kempen, saya tidak tahu-menahu mengenai hubung kait kempen dengan peristiwa kejam pada 1972. Saya amat terkejut, saya amat bersedih dan saya kecewa betapa kurangnya sensitiviti dalam kempen ini.

Ads

“Sekiranya saya diberitahu mengenainya, dari sudut hati saya, saya tidak akan libatkan diri. Pasukan saya seharusnya tahu, adidas seharusnya tahu dan saya seharunya melakukan lebih kajian supaya saya juga serba tahu, faham serta boleh bercakap mengenainya. Seperti mana saya selalu akan bercakap tentang perkara yang saya percayai salah,” catatnya.

Bella Hadid Menyesal Tidak Kaji Kempen Kontroversi adidas & Terlibat Sama, “Kalaulah Saya Tahu Lebih Awal…”
Tangkap Layar: Instagram Bella Hadid

Tambah Bella lagi, untuk mengaitkan insiden lampau itu dengan masyarakat Palestin pada zaman ini adalah sesuatu yang menyedihkan. Sebagai wanita berdarah Palestin, kesetiaannya kepada masyarakat di sana akan kekal sentiasa dan pada masa yang sama, Bella tidak menyokong sentimen Antisemitism kerana dia percaya, keganasan tidak akan membawa keuntungan kepada mana-mana pihak.

Ads

BACA: Selalu Beri Sokongan Pada Palestin, Bella Hadid Dipecat Sebagai Model Adidas – REMAJA

BACA: adidas Usul Permohonan Maaf Kali Kedua Selepas Bella Hadid Bersedia Upah Peguam Untuk Saman – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI