Setiap minggu, ada saja trend kecantikan yang diperkenalkan oleh beauty guru dari Korea Selatan.
Tak lama selepas trend itu diguna pakai oleh selebriti K-Drama dan K-pop, kami 100 peratus yakin ia akan menjadi tular di serata dunia.
Kali ini, REMAJA mempelajari satu lagi trend K-beauty yang dinamakan sebagai Jamsu. Perkataan ini bermaksud ‘menenggelam’ atau submergence dalam bahasa Korea. Dan ya, korang memang akan tenggelam.
*
Supermodel, Bella Hadid pernah mencuba trik Jamsu dan mengesyorkan agar perempuan lain juga mencubanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Berketurunan Darah DiRaja Palestin, Ayah Bella Hadid Bercerita Bagaimana Keluarganya Diusir Dari Rumah Sendiri – REMAJA
Beberapa akaun kecantikan TikTok seperti Huda Kattan dari Huda Beauty, Makeup By Alissiac dan Judy menyahut cabaran tersebut dan hasilnya, voila!
Jadi bagaimana untuk melakukan Jamsu ini?
Teknik K-beauty ini dilakukan selepas korang tamat menyolek wajah dengan rutin yang basic. Siapkan rutin bedak asas (foundation), concealer dan contour.
Dah siap? Okay, ratakan baby powder atau translucent setting powder pada seluruh wajah.
Kemudian, korang perlu menenggelamkan wajah ke dalam mangkuk besar berisi air sejuk. Ya, tenggelamkan selama 15 hingga 30 saat! Kan kami dah beri warning tadi, ini teknik ‘gila’.
Keluarkan wajah dari mangkuk, tarik nafas dalam-dalam dan pat wajah dengan tuala kering. Ingat, pat. Bukannya mengelap.
Hanya selepas itu, korang boleh meneruskan solekan pada bahagian mata, bibir dan seluruh bahagian wajah yang lain.
@hudabeautyBella Hadiid shared a #makeup hack with me called Jamsu #hudabeauty #diy #fyp #foryou #foryoupage #jamsu #nakeuphack #koreanbeauty #celebrity♬ original sound – Huda Beauty💄
Apa Kelebihan JAMSU?
Memang takut bila menonton beberapa personaliti mencuba teknik Jamsu yang kini tular di TikTok.
Cuba tengok bagaimana Alissia mencubanya di bawah :
@makeupbyalissiacTrying the Korean beauty hack Bella Hadid SWEARS BY!!! #beautyhacks #makeuphacks #makeuptutorial #jamsu♬ original sound – ALISSIA
@makeupbyalissiacReply to @steviewise hasn’t been all day but here’s what it’s looking like so far! #beautyhacks #jamsu♬ original sound – ALISSIA
Menurut mereka yang telah mencubanya, teknik Jamsu berkesan kerana powder (pada bahagian awal tadi) telah set solekan asas manakala air di dalam mangkuk tadi membantu mengekalkannya.
Ia menjanjikan solekan yang kalis peluh dan tidak mudah cair sewaktu cuaca panas. Ia amat bersesuaian bagi yang inginkan efek solekan matte. Malah wajah juga akan kelihatan lebih ‘glowing’ berbanding kebiasaan.
Cubalah girls, mana tahu menjadi.
ARTIKEL BERKAITAN : Kulit ‘Glowing’ Seperti Refleksi Air! Serum innisfree Kegemaran Ramai Kembali Dengan Formula Terbaru – REMAJA