Baru-baru ini, Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), memaklumkan jangkitan yang dikenali sebagai Naegleria Fowleri atau ‘amoeba pemakan otak’ telah meragut nyawa seorang warganegara Korea Selatan pada Selasa minggu lalu dan baru disahkan untuk pengetahuan umum pada 26 Disember 2022.

Ekoran daripada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta rakyat Malaysia untuk lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti yang berkaitan dengan air tawar selepas berlakunya kes berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Naegleri Fowler merupakan ameba termofilik atau dikenali juga sebagai organisma sel tunggal protozoa yang boleh ditemui di seluruh dunia terutamanya di dalam habitat air tawar seperti tasik, kolam, sungai, mata air panas serta juga dalam tanah. Walau bagaimanapun, ia tidak ditemui dalam air masin seperti di lautan.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Pulang Dari Thailand, Lelaki Korea Selatan Jadi Kematian Pertama Jangkitan Amoeba Pemakan Otak

Ads
Belum Ada Kes Jangkitan ‘Ameba Pemakan Otak’ Di Malaysia, KKM Minta Rakyat Lebih Berhati-Hati
Kredit: Yonhap

Tambahnya menerusi kenyataan, Ameba Naegleri Fowleri tersebut juga dikenali sebagai ‘ameba pemakan otak’ kerana berupaya menyebabkan kerosakan kepada otak melalui jangkitan sistem saraf tunjang. lanya berupaya untuk masuk ke dalam badan manusia melalui hidung semasa aktiviti berkaitan air tawar. Namun, sehingga kini tiada bukti jangkitan boleh merebak melalui wap air atau titisan aerosol.

Bagaimanapun KKM mendapati bahawa tiada laporan yang menunjukkan bahawa penyakit ini berlaku di Malaysia. Namun begitu, KKM meminta seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan agar berhati-hati dan mengambil langkah-langkah sewajarnya sewaktu melakukan aktiviti air tawar.

Ads

Belum Ada Kes Jangkitan ‘Ameba Pemakan Otak’ Di Malaysia, KKM Minta Rakyat Lebih Berhati-Hati

Dalam pada itu, KKM akan terus memantau rapi situasi jangkitan Naegleria Fowleri di dalam dan luar negeri dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan rakyat.  Selain itu, KKM juga komited dalam memberikan informasi yang tepat dan responsif sekiranya terdapat perkembangan yang terbaharu tentang penyakit tersebut.

Ads

Difahamkan bahawa jangkitan ini boleh menyebabkan jangkitan otak yang teruk sehingga membawa maut. Pada peringkat awal gejalanya adalah sakit kepala, demam, loya, atau muntah. Gejala yang lebih serius seperti kekakuan leher (neck stiffness), kekeliruan (confusion), kurang kesedaran terhadap orang serta sekeliling (lack of attention to people and surrounding), sawan, halusinasi, dan koma juga boleh berlaku.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Twitter KKM Malaysia Pexels CDCInstagram DG Noor Hisham

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI