7 Bulan Selepas Uji Bakat Hero Remaja, Aniq Suhair Mula Berlakon Dengan “Cumi-Cumi”

Share

Kecoh dua minggu lalu apabil salah seorang finalis hero Remaja 2020 iaitu Aniq Suhair dibandingkan dengan ahli kumpulan K-Pop popular, V (Kim Tae-hyung) daripada BTS.

Amboii, sama ke korang? Hehe..

Apapun, peminat remaja 20 tahun kelahiran Kuala Lumpur ini pastinya teruja dengan perkembangan terbarunya.

Walaupun pencarian Hero Remaja 2020 masih belum menutup tirai dengan episod finale yang dijadualkan bersiaran secara langsung pada 16 Julai ini di saluran Astro Ria & Ria HD, Aniq sudah mula menangkap perhatian produksi lakonan.

Terbaru, dia diberikan kepercayaan untuk menyertai sebuah produksi drama tempatan; sekaligus menjadikan peluang ini sebagai projek pertamanya sebagai seorang pelakon.

“Alhamdulillah, saya sangat teruja apabila mendapat watak untuk drama pertama saya. Walaupun ini boleh dikatakan sebagai debut saya, kepercayaan daripada pihak produksi untuk digandingkan dengan nama-nama besar amat saya hargai,” katanya yang juga baru saja menyelesaikan sebuah penggambaran kempen baharu dengan sebuah label fesyen tempatan.

Tambah Aniq lagi kepada REMAJA, “Tanpa pengalaman, kadang-kadang saya  risau juga seandainya watak yang digambarkan oleh mereka itu tidak sampai. Namun saya bertuah kerana team produksi sangat mesra, memberikan tunjuk ajar kepada saya dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu terutamanya di kalangan pelakon berpengalaman. Segala ilmu yang saya terima hasil penyertaan saya dalam Hero Remaja 2020 turut saya gunakan untuk menjayakan watak tersebut.”

Apabila ditanya mengenai perasaannya bila digandingkan dengan penyanyi ‘Peluang Kedua’, Nabila Razali untuk drama ‘Miss Baju Kebaya Kasut Kanvas’ itu, Aniq tak dapat menyorokkan rasa gugup ketika mula memasuki set penggambaran. Secara pantas, dia membuang perasaan itu apabila Bella yang disifatkannya sebagai friendly mudah bekerjasama dengannya yang masih baru.

“Menerusi drama 40 episod ini, saya memegang watak sebagai Mohd Radzi dan ia bakal ditayangkan di TV3. Saya tak sabar untuk melihat hasilnya,” katanya lagi yang juga teruja menantikan finale Hero Remaja 2020 yang bakal dilangsungkan tak lama lagi.

“Saya tak sabar untuk bersama-sama rakan finalis lain di atas pentas. Nantikan!”

Selain Nabila Razali, drama ‘Miss Baju Kebaya Kasut Kanvas’ ini juga dibintangi Fahrin Ahmad, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Congrats Aniq! Kami ucapkan good luck dan semoga terus maju jaya.

 

Published by
Nana