Belum Pernah Dibuat IKEA, Keluarkan Merchandise Dari Hoodies Hingga Botol Air

Share

Siapa tak kenal Ikea, satu jenama global yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Sebuah pusat membeli-belah perkakasan rumah yang besar dari Sweden dan semestinya meatball yang sedap.

Untuk pengetahuan korang, Jika sebelum ini IKEA menyediakan barisan perabot dan perkakasan rumah yang mampu dimiliki oleh kebanyakan orang ramai. Terkini, Ikea mengeluarkan merchandise

wajib-beli untuk tempoh masa terhad.

Dinamakan EFTERTRÄDA, yang diterjemahkan menjadi ‘successor’ dalam bahasa Sweden, koleksi ini akan berada di semua gedung IKEA seluruh Malaysia.

Terdiri daripada t-shirt ke hoodies, tuala mandi hingga beg tote dan botol air, EFTERTRÄDA dari IKEA diilhamkan dan disediakan untuk korang yang suka identiti sederhana dan cool.

Untuk info, koleksi edisi terhad EFTERTRÄDA dijual di semua gedung IKEA Malaysia mulai 4 Mac 2021 IKEA.my/EFTERTRADA

.

Seperti biasa, koleksi EFTERTRÄDA ini masih menggunakan logo IKEA sebagai reka bentuk utamanya. Dimasa yang sama, IKEA masih menekankan kombinasi fungsi, kualiti, rekaan dan nilai di dalam minda pereka dan penggunanya.

EFTERTRÄDA X IKEA Food Special
Khas buat food lover, terbaru bersempena pelancaran koleksi EFTERTRÄDA, IKEA juga mengeluarkan menu baru iaitu Laksa Lobster Spaghetti. Namun, menu ini juga untuk masa terhad sahaja mulai 4 Mac hingga 30 Mac 2021.

Tawaran Istimewa Untuk IKEA Family Member

Menariknya, untuk ahli IKEA jangan lupa untuk menebus satu pelitup muka dengan reka bentuk kod bar ikonik dan satu pelekat dengan pembelian mana-mana koleksi EFTERTRÄDA. Tapi kena cepat sebab hanya 800 ahli IKEA yang pertama je diberikan.

Untuk info lanjut, layari IKEA.my 

 

Published by
Nana