Belum Reda Omicron, 12 Orang Sudah Jangkiti Dengan Varian Baharu Covid-19 : IHU

Share

Di saat kita semua sedang melangkah masuk ke tahun baharu 2022 dengan harapan tiada lagi virus pandemik Covid-19 di muka bumi ini. Namun, laporan ini sedikit sebanyak menyuramkan semangat penduduk dunia untuk menyambut kehadiran tahun baharu tanpa pandemik maut ini.

Dalam dunia masih gian melawan varian Omicron yang menular, kini timbul pula varian baru yang dinamakan varian IHU.

ARTIKEL BERKAITAN : Tiada Lagi ‘Walk-In’ Ambil Dos Penggalak, Hanya Tunggu Tarikh Di Aplikasi MySejahtera

Foto Via outlookindia.com

Menurut laporan, saintis di Perancis mengenal pasti varian baharu COVID-19 yang dikatakan mempunyai 46 mutasi. Malah, portal Independent turut melaporkan, varian baharu itu dinamakan IHU iaitu B.1.640.2 — setakat ini menjangkiti 12 orang di Tenggara Perancis.

Kes pertama dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai sejarah perjalanan ke Cameroon, Afrika Barat, kata penyelidik dalam kertas yang diterbitkan di medRxiv.

Bagaimanapun, pakar segera mengumumkan hanya kerana varian baharu ditemukan — itu tidak bermakna IHU akan terbukti menular seperti strain lain, termasuk Omicron. Dalam analisis, penulis laporan itu menemui 46 mutasi yang tidak dikesan di negara lain, atau melabelkan varian yang sedang disiasat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Malah, paling membimbangkan laporan turut mendakwa orang yang dijangkiti virus tersebut telah menerima vaksin sepenuhnya. Individu terbabit diuji positif untuk COVID-19 selepas pulang dari perjalanan tiga hari, di Cameroon.

Menerusi rangkaian Twitter yang panjang, ahli epidemiologi dan rakan di Persekutuan Saintis Amerika, Eric Feigl-Ding berkata, varian baharu itu sedang dipantau untuk menilai sejauh mana ia boleh berjangkit atau berbahaya.

“Terdapat banyak varian baharu ditemui sepanjang masa, tetapi ia tidak semestinya menjadi lebih berbahaya.

“Apa yang menjadikan varian lebih terkenal dan berbahaya ialah keupayaannya untuk membiak kerana bilangan mutasi yang dimilikinya berhubung dengan virus asal,” katanya. – AGENSI

Maknanya, adakah varian baru ini kebal dengan vaksin yang ada sekarang ini?

BACA LAGI : Sela Masa Dos Penggalak Pfizer & AstraZeneca Disingkatkan Kepada 3 Bulan

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Berita Harian 

 

Published by
Nana