Belum Sebulan Kahwin, Wanita Ini Diduga Kehilangan Suami Tercinta

Share

Belum sampai sebulan melayari bahtera rumah tangga bersama suami tercinta, si isteri terpaksa menerima ujian dengan reda apabila cinta hatinya telah pergi buat selama-lamanya akibat barah otot tahap empat, pada Rabu.

Wanita yang dikenali sebagai Siti Marha Azua dan suaminya, Allahyarham Mohd Hashmi Arifin sebelum ini pernah mendapat perhatian warganet selepas dilihat pasangan pengantin itu berkahwin walaupun si suami terlantar sakit di atas pelamin, pada 13 November lalu.

Berita duka tersebut dikongsi Marha menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok sehingga meraih rasa simpati orang ramai. Video berdurasi 24 saat tersebut memaparkan foto hitam putih arwah suaminya selain rakaman sekumpulan lelaki mengangkat keranda untuk dimasukkan ke dalam van jenazah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Lihat Anak Terima Rawatan Tak Kesampaian, Bayi Meninggal Dunia Dalam Bas Sebelum Tiba Ke Hospital

“Mohon doakan suami saya, Mohd Hashmi Arifin,” coretnya ringkas di ruangan kapsyen tanpa memaklumkan waktu pemergian suami tercintanya.

Pemerhatian REMAJA mendapati, rata-rata pengguna aplikasi berkenaan membajiri ruangan komen perkongsian tersebut dengan mengucapkan salam takziah buat Siti Marha dan mendoakan semoga roh ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sekadar informasi, Allahyarham Mohd Hashmi disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Kapar, Klang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Siti Marha

Published by
Fath