Belum Sempat Habis Tonton Filem, Pelajar Sekolah Ditangkap Dan Dipenjara 14 Tahun

Share

Nampaknya Kim Jong-Un mengambil langkah sekeras-kerasnya untuk memastikan rakyat Korea Utara, terutamanya golongan muda dan remaja tidak melanggar undang-undang.

Image: Sogwang

Ini bukan kes pertama rakyat Korea Utara di kenakan hukuman yang berat hanya kerana perkara yang ‘kecil’ bagi kita tapi bukan di negara diktator tersebut.

7 November lalu, menurut laporan Daily NK seorang pelajar sekolah menengah berusia 14 tahun di Hyesan yang hanya dikenali dengan nama tengahnya Han telah ditangkap selepas menonton filem Korea Selatan “The Man from Nowhere.”  Malangnya, remaja tersebut  dikenakan hukuman penjara selama 14 tahun, walaupun dia tidak sempat menghabiskan filem tersebut dan sempat menonton hanya lima minit.

Poster filem “The Man from Nowhere” Image: Movie poster capture

Buat masa ini, Korea Utara menekankan keperluan untuk mempromosikan “pendidikan ideologi” di kalangan golongan muda. Menurut undang-undang Korea Utara terhadap budaya luar yang dilaporkan oleh Daily NK, Artikel 27 memperuntukan hukuman penjara antara lima hingga 15 tahun bagi individu yang ditangkap menonton, mendengar atau menyimpan filem, rakaman, bahan yang disunting Korea Selatan. Ia termasuk dengan buku, lagu, lukisan atau gambar.

Undang-undang ini menunjukkan bahawa ia akan digunakan untuk remaja bawah umur juga. Kata pemerhati, ia adalah cara Korea Utara untuk menghantar mesej kepada anak muda di sana bahawa mereka tidak terlepas dengan sebarang tindakan jika melakukan kesalahan.

Foto Via timesnownews

Pada bulan September, Perhimpunan Rakyat Tertinggi menerima pakai undang-undang untuk mengukuhkan pendidikan belia, dengan tujuan untuk mengembangkan lagi pendidikan ideologi. Sejak itu, saluran media Korea Utara telah terlibat dalam usaha propaganda yang menyeru perjuangan menentang tingkah laku anti-sosialis dan bukan sosialis.

Sebelum ini, seorang lelaki Korea Utara, menurut laporan portal Radio Free Asia (RFA) Korea Utara telah menjatuhkan hukuman mati kepada seorang lelaki yang menyeludup dan menjual salinan siri ‘Squid Game’ selepas pihak berkuasa menangkap tujuh pelajar sekolah menengah menonton rancangan popular global berbahasa Korea itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN : Gara-Gara ‘Squid Game’, Rakyat Korea Utara Dijatuhkan Hukuman Mati Dan Berat

Hukuman yang tidak wajar itu telah menimbulkan kontroversi dan rasa tidak puas hati. Pada masa yang sama, kedua-dua ibu bapa pelajar tersebut turut dikenakan hukuman seperti membayar denda.

Malah ada juga yang mengatakan ibu bapa pelajar itu akan dibuang negeri atau dihantar ke kem penjara politik. Malah ada kemungkinan juga mereka akan dikenakan hukuman penjara yang berat walaupun sudah membayar denda.

Hmm…kejam kan? Korang rasa wajar ke seorang pelajar dikenakan hukuman sebegitu?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana