Ketika di sekolah dahulu, kita diajar bahawa pada penutup malam Nisfu Syaaban yang akan digantikan dengan Awal Muharram, buku amalan kita selama setahun akan dibawa naik ke langit untuk dikumpulkan.
Buku-buku inilah kemudian akan dibentangkan semula pada hari pembelasan iaitu pada hari semua orang di kumpulkan di Padang Masyar iaitu sama ada kita akan dimasukkan ke syurga atau dihumban ke neraka. Pendek kata apa saja amal kebaikan kita di dunia akan dicatat sebagai pahala manakala dosa kita akan menjerumuskan kita ke neraka kecuali kita melakukan sunat taubat meminta keampunan kepada Illahi.
Namun benarkah wujudnya teori buku amalan kita dibawa naik ke langit pada penutup malam Nisfu Syaaban dan bermulanya buku baru pada Awal Muharram?
Sebenarnya, tidak terdapat hadis sahih menjelaskan bahawa buku amalan kita ditukar ketibaan awal Muharram kerana di zaman Khalifah Umar al-Khattab baru bermula kalender Hijrah bukan di zaman Nabi SAW.
Dalam hadis sahih, amalan kita di angkat setiap hari iaitu pada waktu Subuh dan Asar, setiap minggu hari Isnin dan Khamis dan setiap tahun pada bulan Syaaban (bukan malam Nisfu Syaaban). Hadis yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan.
Ini bersesuaian dengan satu hadis yang menyebut :
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : "Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat-malaikat itu – walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba-hambaNya.
Dalam pada itu, selepas Asar ini bermulalah permulaan hari baru iaitu Awal Muharram atau disebut juga sebagai Maal Hijrah iaitu permulaan tahun baru 1442 H.
Jika kita memikirkan Awal Muharram adalah sekadar hari cuti biasa yang bermula esok, sebenarnya ada sesuatu yang lebih daripada itu.
Awal Muharram adalah hari penting bagi umat Islam kerana pada tarikh ini berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Banyak kejadian-kejadian penting terjadi dalam bulan Muharram ini termasuklah Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (kalender Hijrah).
Ada sesuatu yang harus kita fahami iaitu selepas masuk Asar, kita disarankan membawa doa akhir Tahun dan kemudian amalan ini disambung selepas Maghrib iaitu membaca doa Awal tahun. Semoga segala amalan kita dipermudahkan oleh Allah Taala.
Ini doa akhir tahun. Doa akhir tahun Hijrah ini perlu dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar). Doa ini dibaca sebanyak tiga kali.
Barang siapa yang yang membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut, maka mengeluhlah syaitan kerana usahanya selama setahun menggoda anak Adam sia-sia. Malah Allah mengampuni dosa setahun lalu dilakukannya..
Ini pula doa akhir tahun dibaca selepas Maghrib. Juga dibaca sebanyak tiga kali. Jika dibaca bahawasanya Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memelihara dari fitnah syaitan.
Semoga kita semua mendapat rahmat dan berkat dalam semua kehidupan yang kita lalui dalam kehidupan seharian.