Sejak kebelakangan ini, ramai pasangan yang semakin menggemari dengan trend memberi hadiah berbentuk jambangan bunga wang kertas ataupun popular dengan gelaran ‘flower bouquet’ kepada insan yang mereka sayangi.
Alasannya, harga jambangan bunga segar sekarang bukan main mahal lagi, sehingga ada yang mencecah ratusan Ringgit.
Jadi, bukankah lebih baik jika wang yang selalunya dilaburkan untuk membeli bunga diberikan saja kepada pasangan. Bolehlah juga si dia berbelanja selepas mendapat hadiah tersebut.
Jika dahulu, nilai flower bouquet ini selalunya dalam lingkungan ratusan Ringgit hingga RM1000 saja.
Semakin lama, ‘benchmark’ nilai tersebut dilihat semakin meningkat demi meluahkan rasa sayang seseorang terhadap si dia.
Terbaru, seorang usahawan wanita yang dikenali sebagai Nurul Afrina ingin menyatakan yang dia amat menghargai kehadiran insan bernama suami dalam hidupnya sehinggakan dia sanggup menghadiahkan flower bouquet bernilai RM5,000 kepadanya. Wow!
Kita pun tidak selalu melihat wanita yang memberikan bunga ini kepada pasangan. Inikan pula pada nilai yang cukup lumayan.
Sempena hari kelahiran ke-27 suaminya yang bernama Fareed Akel, Afrina telah memuat naik dua video di Instagram yang menyaksikan momen flower bouquet tersebut diberikan kepada suaminya.
Ia diperbuat daripada wang kertas RM50. Serius, besar weh bunga dia!
Sang suami apa lagi, menarilah kegembiraan apabila menerimanya.
Sumber Foto: Instagram miechfiey.
View this post on Instagram
“Mommy harap Daddy suka. Maaf hadiah ini tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan apa yang Daddy sudah korbankan untuk keluarga kecil kita.
“Masa nak bagi dekat dia tu, Allahu debar nak mati weii. Macam nak cabut pun ada jantung ini. Bila dia tengok terus terkejut dan saya dapat rasa yang dia happy sangat malam itu,” catat Afrina.
View this post on Instagram
Haa, ada ke di antara korang yang tertarik dengan idea untuk memberikan jambangan bunga kertas seperti ini?
Kalau pasangan korang lebih minat untuk mendapat chocolate bouquet pula, haa korang boleh hasilkan saja sendiri di rumah. DIY je geng.
ARTIKEL BERKAITAN : Nak Bagi Hadiah Tapi Tak Nak Keluar Modal Besar? Ini DIY Chocolate Bouquet Yang Boleh Korang Cuba – REMAJA