Benci Islam! Polis India Sengaja Pukul Pelajar Muslim Belajar Di Perpustakaan Tanpa Sebab

Share

Isu  protes terhadap undang-undang kewarganegaraan baru di India yang disuarakan oleh seorang ahli politik yang tewas iaitu Kapil Mishra bukan saja mengakibatkan terjadinya rusuhan, huru hara, pembunuhan malah umat Islam di India terus ditindas dengan zalimnya.

Dilaporkan puluhan maut,antaranya termasuk Ketua Konstabel Delhi, Ratan Lal manakala ratusan  yang lainnya cedera.

Muslim menjadi mangsa dalam kekejaman di Delhi

Beberapa kawasan kejiranan muslim di Utara Timur New Delhi sengaja diserang, masjid dibakar malah umat Islam diserang dengan sengaja.

Jika kita melihat hanya orang awam menyerang antara satu sama lain, nampaknya pihak yang berautoriti iaitu pihak berkuasa polis yang sepatutnya mengawal kejadian turut sama bertindak memukul orang awam khususnya pelajar muslim. Lebih teruk pelajar dipukul ketika mereka sedang belajar di perpustakaan sekaligus menunjukkan sesiapa yang beragama Islam di India begitu dibenci ketika ini.

Dalam satu rakaman CCTV memperlihatkan polis Delhi menyerang dan mencederakan siswa di dalam ruang kelas mereka di Perpustakan Jamia Millia Islamia.

Dari rakaman yang disiarkan secara langsung oleh wartawan CJ Werlemen dilihat polis India sengaja memukul pelajar yang sedang belajar hanya kerana isu kewarganegaraan India yang anti Muslim.

Dalam pada itu, Menteri Penternakan, Susu dan Perikanan, Giriraj Singh yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi berkata, umat Islam di negara mereka seharusnya dihantar ke Pakistan ketika konflik negara bermula 1947 lagi.

Jelasnya hal sebegini tidak akan terjadi bila undang-undang kontroversi Citizenship Amendment Act (CAA) dan National Register of Citizens (NRC) dilakukan ketika konfrantasi itu lagi.

Mari doakan agar umat Islam di India sentiasa dalam peliharaan Allah taala.

Sumber : Pilarbangsa

Published by
Almaswa Haji Che Ros