“Sakit Bila Kena Reject Sebab Kulit…,” Sissy Imann Kongsi Foto Dan Pengalaman Kulit Berjerawat

Share

Semua perempuan mengidam kulit yang flawless malah ada yang sanggup habis duit. Hmm, zaman sekarang ni jangan kata perempuan, lelaki pun dah pandai jaga kulit muka.

Namun, masalah biasa yang selalu dihadapi oleh setiap individu pada kulit wajah adalah  jerawat. Kalau setakat tumbuh dua, tiga biji tak apa, tapi bila dah jadi kes jerawat yang mula bercambah dengan jayanya sampai muka berbekas-bekas dan melecet bagai kulit disiat, yang tu dah tak cool lagi ye guys.

Sama seperti apa yang pernah dilalui oleh penyanyi dan pelakon Sissy Imann.

Menerusi laman instagramnya, Sissy Imann berkongsi beberapa gambar kulitnya yang berjerawat dan breakout

teruk.

 

Menurut Sissy Imann beliau terjumpa kembali gambar-gambar ketika kulitnya berjerawat teruk ketika membersihkan galeri di telefon bimbitnya. Malah, sebelum ini Sissy Imann pernah mendedahkan yang dia mengalami tekanan emosi selepas pelbagai usaha dilakukannya bagi mendapatkan kulit wajah yang licin menemui jalan buntu.

Menurut perkongsian Sissy Iman, ” I think most of you dah tahu, few years back in 2019, Sissy ada share video Sissy nangis sebab skin teruk & guess what? It doesn’t get any better, in fact it got worst years after that sampai la ke pertengahan tahun ni.”

Malah, Sissy Iman atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil menyatakan benda yang paling menyakitkan beliau ialah apabila ditolak disebabkan wajah dan kondisi kulitnya yang berjerawat.

“Dah berapa kali hati ni macam disiat bila orang ingat kita tak buat pape untuk jaga kulit. Orang ingat kita pengotor sebab biar ja kulit gitu. Hakikatnya dah berapa banyak duit, berapa banyak product kita campak masuk tong sampah walaupun tak habis pakai sebab tak sesuai dengan muka kita.

“Cover la pakai make up? Make up pun sampai tak boleh cover buncit buncit jerawat toh. Letak setitis foundation pun rasa gatal, pedih.. Maka gigih la download macam-macam filter nak kasi diri nampak konon flawless.

“But I got through it, kulit dah better sekarang but i don’t even know kalau dia kembali pulang ke state dulu. Doakan tidak, sebab perit guys.” ujarnya panjang lebar.

Malah, gadis berusia 26 tahun ini sempat memberitahu bahawa kulitnya kini berasur pulih dan menitipkan nasihat agar mengambil masa untuk sembuh, walaupun kulit berjerawat tetaplah bersemangat dan bersinar.

Apa-apapun, kami berharap kulit Sissy Iman akan kembali pulih sepenuhnya dan tidak akan mengalami ‘mimpi ngeri’ ini kembali.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana