Bendera Dikibar Separuh Tiang, India Hormati Pemergian Penyanyi Bollywood Lata Mangeshkar

Share

 

Pada usia 92 tahun, penyanyi lagenda dari India yang sinonim dengan industri perfileman Bollywood, Lata Mangeshkar telah meninggal dunia pada 6 Februari 2022 akibat jangkitan Covid-19.

Lata telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Breach Candy, Mumbai pada 11 Januari lalu setelah disahkan positif Covid-19. Menurut Dr Pratit Samdani yang merawatnya, disebabkan faktor keadaan kesihatan beliau dan faktor usia, beliau telah mengalami kegagalan organ selepas lebih 28 hari dimasukkan ke hospital.

Mendiang Lata Mangeshkar meninggal dunia pada usia 92 tahun.

Lata yang dilahirkan pada 28 Septembr 1929 di Indore, India telah mula menyanyi sejak usia 13 tahun lagi demi menjaga ibu serta empat adik-beradiknya setelah kematian bapanya. Dengan bakat dan potensi yang ada, lima tahun kemudian beliau telah berpeluang untuk menyanyikan lagu untuk filem Bollywood pertamanya bertajuk Aapki Sewa Mein. Dan bak kata orang, the rest is history.

Lata Mangeshkar bersama Kajol Mukherji
Madhuri Dixit di antara pelakon yang selalu ‘dipinjamkan’ suara Lata Mangeshkar.
Lata Mangeshkar ketika bersama Rani Mukherji dan Hema Malini, masing-masing pernah ‘meminjam’ suara Lata dalam filem masing-masing.

Lata tidak pernah menjadikan usia sebagai alasan untuk berhenti melakukan perkara yang dicintainya iaitu menyanyi. Atas usaha serta sumbangan beliau dalam industri Bollywood, mendiang dijadualkan untuk menerima istiadat pengebumian negara. Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah memaklumkan bahawa negara tersebut akan berkabung hingga esok dengan mengibarkan bendera separuh tiang.

Bagi generasi baharu yang mengikuti filem-filem Bollywood sejak era 90-an, pastinya korang dapat mengecam suara lunak Lata Mangeshkar terutamanya menerusi filem terbitan Yash Chopra.

REMAJA senaraikan 5 lagu paling popular dipetik dari filem-filem Bollywood yang pernah dinyanyikan oleh mendiang yang digelar sebagai ‘The Nightingale of India’ ini.

 

01

Mehndi Laga Ke Rakhna – Dilwale Dulhania Le Jayenge

 

02

Are Re Are – Dil To Pagal Hai

 

03

Koi Ladki Hai – Dil To Pagal Hai

 

04

Humko Humise Chura Lo – Mohabbatein

 

05

Andekhi Anjaani – Mujhse Dosti Karoge

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ