Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan tampil membuat laporan polis gara-gara ada individu yang melemparkan kata-kata kesat terhadap anak perempuannya, termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Menerusi sebuah hantaran di Instastory, pelakon lebih mesra disapa Che Ta itu nekad untuk mencari si pelaku yang didakwa menghina puterinya, Aaisyah Dhia Rana.
ARTIKEL BERKAITAN:
Aaisyah Minta Che Ta Kejutkan Untuk Solat Tahajud Raih Perhatian -“4.30 Pagi Nak Bangun… Nanti Mummy Sembur Air Dekat Aaisyah”“Malas cakap banyak. Aku serahkan segalanya kepada pihak berkuasa. Siapa yang kurang ajar mengata anak aku, kau tunggu. Baik kau benam diri dalam tanah.
“Kalau tidak pun tunggu, aku akan cari sampai lubang cacing. Kau main tahi dengan aku, kau akan kena,” katanya.
Walaupun akaun individu tersebut sudah pun tidak dapat dikesan lagi, Che Ta tetap akan berusaha menjejaki si pelaku tersebut sehingga dapat.
“Tiada masalah (akaun Instagram hilang). Aku akan cari sampai lubang cacing. Silap besarlah cari fasal dengan aku,” kongsinya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Terima Kasih, Sayang Mommy” -Elaun ‘Makeup’ Anak Dara Che Ta RM250 Seminggu
Menerusi entri yang sama, Che Ta dilihat hadir ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang difahamkan untuk melaporkan isu sama.
Terdahulu, Che Ta menzahirkan rasa berang selepas seorang warganet didakwa telah menghina Aaisyah dengan menyamakan baju dipakai seperti pelacur dan tidak layak menerima wang hantaran tinggi.
Komen tersebut muncul selepas sebuah akaun TikTok memuat naik video Aaisyah menggunakan tajuk yang mengundang salah faham netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Rozita Che Wan