Berani Ya! 5 Remaja Perempuan Bawah Umur Pecah Masuk Stesen Minyak

Share

Jika keadaan sudah terdesak, tentunya semua perkara pun kita akan lakukan tanpa berfikir panjang.

Itulah yang terjadi di Sungai Petani kelmarin apabila lima orang remaja perempuan berusia anttara 15 hingga 17 tahun telah ‘terkantoi’ semasa cuba memecah masuk ke sebuah stesen minyak.

Menurut laporan media di Utusan

, niat asal mereka melakukan perbuatan terkutuk itu adalah akibat terdesak untuk menjelaskan bayaran sewa kereta jenis Perodua Viva.

Percubaan yang berlaku di Rantau Panjang, Tikam Batu dekat Sungai Petani, kedah itu terbongkar setelah mereka ditahan oleh pemilik stesen minyak itu sendiri pada jam 2.30 pagi. Kata pemiliknya, Azzurin Hassan, pelaku dikesan cuba membuka pintu stesen menggunakan gergaji kayu dan sebatang besi menerusi paparan kamera litar tertutup (CCTV).

Mengakui terkejut dengan perbuatan sekumpulan remaja perempuan itu, dia dan beberapa jiran bertindak mengepung mereka sebelum menahan 2 orang di luar kedai. Seorang lagi berjaya meloloskan diri dan berlari dengan dua lagi remaja yang sedang menunggu di dalam kereta.

Remaja yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Tikam Batu dan tiga lagi menyerahkan diri setelah dihubungi. Kumpulan tersebut difahamkan tidak lagi bersekolah dan tidak menetap bersama keluarga masing-masing kerana ingin hidup bebas.

Kesemuanya telah dibebaskan setelah diberi nasihat. Tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka memandangkan pemilik stesen minyak tidak mengalami apa-apa kerugian.

Macam-macam ya sekarang!

ARTIKEL BERKAITANRemaja Jual Burger Jadi Mangsa Kecurian Terima “Hadiah” Telefon Bimbit Dari Ketua Polis – REMAJA

Published by
FZ