Ramai berusaha diet dan berjaya melakukannya kerana kesungguhan ketika diet. Namun timbul persoalan, seberapa cepat berat badan kembali naik selepas sukses diet?
Bagi korang yang berjaya mencapai tahap berat badan, tentu ramai tertanya-tanya mengenai hal inikan. Sudahlah menurunkan berat badan itu susah tapi sebenarnya lagi susah untuk maintainkannya.
Menurut pakar kesihatan dari University Of Florida, Kathryn Ross berat badan yang sudah turun sebenarnya boleh naik dengan begitu cepat disebabkan oleh beberapa faktor.
Ini kerana katanya, diet bukan hanya memerlukan kita belajar untuk menurunkan berat badan tetapi juga harus tahu bagaimana untuk mendapatkan tubuh yang maintain dan ideal.
Jika sebelumnya orang yang diet, di fikirannya sentiasa berfikir bagaimana untuk menguruskan badannya tetapi selepas berjaya menguruskan badan, dia juga harus berfikir bagaimana untuk mempertahankan berat badan ideal.
Dalam kajian terhadap 70 orang dewasa yang alami masalah kegemukan di mana mereka berjaya dalam program diet selama 12 minggu rata-ratanya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 0.5kg seminggu. Namun selepas program berakhir, berat badan mereka naik 0.6 kg seminggu.
Persoalannya, seberapa cepat sebenarnya berat badan naik kembali selepas kita berjaya mendapatkan bentuk badan ideal?
Untuk korang-korang yang nak maintain berat ideal, ini fakta kena tahu.
Seberapa cepat berat badan kembali naik selepas diet tergantung kepada perubahan pola makan dan kebiasaan masing-masing. Proses metabalisme dalam tubuh juga turut mempengaruhi kenaikan berat badan selepas diet.
Ketika korang mengurangkan jumlah makanan ketika diet, tubuh cenderung mendorong kita untuk makan lebih banyak nanti. Oleh kerana itu, menurut Samantha Heller, seorang ahli pemakanan dari NYU Langione Health di New York berpendapat, bahawa sebaiknya seorang yang mahu kurus menjalani dietnya secara lebih perlahan.
Ini bagi membantunya dalam penyesuaian metabolisme dalam tubuh dengan keperluan kalori yang diperlukan.
“Yang perlu diingatkan adalah mempertahankan pola hidup sihat agar badan tidak lagi kembali gemuk. Namun begitu ia bukan mudah. Bila mendengar pujian dari orang sekeliling mengenai kejayaan diet kita di mana ramai memuji-muji kita berjaya melakukannya secara tidak langsung membuatkan kita terpana dan berasa bangga.
“Sedikit demi sedikit otak kita akan mula “terlupa” dan kita mula meninggalkan diet dan kembali ke tabiat lama. Ya kesalahan-kesalahan kecil inilah yang akan membuat badan kita naik sekalipun berjaya diet sebelum ini.
Tapi sebelum korang terus tersenyum dengan pujian, empat hal ini perlu dihindari segera.
- Kurang aktif @ bergerak – Memiliki berat badan ideal bukan bererti kita tidak perlu lakukan aksi fizikal. Bila tujuan dah tercapai, kita fikir tak perlu buat semua itu lagi tapi semakin malas kita berolahraga, bererti berat badan kita akan mudah naik.
- Tidak sarapan – Selepas bangun tidur, tubuh memerlukan air dan makanan untuk menstabilkan metabolisme dan menjaga keseimbangan gula dalam darah. Kalau kita melewatkan sarapan, rasa lapar akan menjadi dua kali ganda dan seterusnya kita makan dua kali ganda juga. Kalau setiap hari dilakukan, tentu pola makan akan kucar kacir sehingga berat badan kembali bertambah.
- Tidak memantau kebiasaan yang merosakkkan diet – Tidak fokus saat makan boleh membuatkan kita makan dalam kuantiti yang banyak. Misalnya sambil makan tengok tv atau bermain game sehingga kita mengabaikan signal perut sedangkan ia sudah mencukupi saat itu.
- Pola makan berubah – Menjalani diet memboleh buat kita mengelak makanan tidak sihat. Namun selepas mendapat berat badan yang diinginkan, kita mungkin kembali pada pola makanan yang lama. Misalnya makan bukan masanya, terlalu banyak pengambilan kalori dan pelbagai fakta lain. Akibatnya berat badan naik tanpa sedar dan diet jadi rosak.