Sejak wabak pandemik COVID-19 melanda negara, ramai diantara kita yang bekerja dari rumah kerana ingin menyekat penularan virus ini daripada terus merebak. Istilah WFH (work from home) juga sering digunakan dan untuk tahun ini sahaja, kami pasti korang lebih banyak menghabiskan masa bekerja dirumah.
Bila sudah berada di rumah sendiri, pastinya pergerakan lebih terbatas kerana bangun sahaja daripada tidur, buka laptop dan terus bekerja. Tidak seperti jika harus ke pejabat, korang perlu bersiap-siap dan bergegas ke tempat kerja, tapi kalau WFH memang dari pagi sampai petang duduk sahajalah kan?
Dek kerana terlalu lama duduk sahaja tanpa melakukan banyak pergerakan, sebenarnya ia tidak bagus untuk kesihatan kita.
Menurut Public Health Malaysia, kajian menunjukkan duduk dalam tempoh enam jam secara berterusan selama 15 tahun meningkatkan 40 peratus punca kematian, berbanding individu yang duduk kurang dari tiga jam.
Duduk terlalu lama meningkatkan dua kali ganda risiko terkena penyakit kardiovaskular berbanding kerja yang memerlukan korang berdiri.
Antara risiko yang korang akan hadapi adalah:
• Sakit punggung
• Ketegangan pada leher, bahu dan pinggang
• Kolesterol tinggi
Kesan-kesan sampingan:
Segera
• Pembakaran kalori menurun setiap satu minit
• Aktiviti saraf otot tidak berfungsi
• Enzim mencegah lemak menurun sehingga 90 peratus
2 jam
• Kolesterol baik menurun hingga 20 peratus
24 jam
• Keberkesanan insulin menurun hingga 24 peratus dan tingkatkan risiko diabetes
• Tekanan berlebihan pada tulang belakang, khususnya pada bahagian pinggang dan bahu
Berpanjangan
• Otot leher, bahu menegang dan pembuluh darah terganggu menyebabkan menggigil
• Aktiviti kecergasan organ seperti paru-paru dan jantung berkurag dan meningkatkan risiko sakit kronik
• Pembuluh darah timbul pada betis
Langkah pencegahan yang perlu korang ambil:
• Duduk pada kedudukan 135 darjah untuk kurangkan tekanan pada bahagian belakang badan
• Buat pergerakan setiap 30 minit
• Bangun apabila televisyen menyiarkan iklan
• Lakukan latihan ringan ketika menonton seperti goyangkan kaki
• Hadkan tempoh duduk dan lakukan senaman ringan dengan kerap
• Minum lebih banyak air
• Gunakan tangga ketika di pejabat (bergantung pada tahap kecergasan diri)
• Makan diluar berbanding di meja kerja
• Tidur awal lebih baik daripada menonton
• Monitor aktiviti harian korang, senaraikan dan tinggalkan aktiviti ‘duduk’
Berapa jam korang duduk dalam sehari? Dalam tempoh WFH ni mesti semuanya memang ‘duduk’ saja di rumah kan. Jadi, mulai sekarang cubalah untuk melakukan sedikit aktiviti regangan selama beberapa minit untuk menggerakkan sedikit anggota badan korang tu.
Bila duduk rumah mesti selalu mengunyah juga kan? Ha, hati-hati guys. Jangan lupa jaga kesihatan.
Sumber: Public Health Malaysia