Zaman sekarang ni, kalau berbekalkan cinta dan duit ‘cukup-cukup makan’ untuk berkahwin, kebanyakan remaja akan mengejar peluang itu.
Tapi pelakon, Ardell Aryana bukanlah ‘kebanyakan remaja’.
Menurut pemilik nama Nurul Hidayah Mohd Amin itu, pasangannya yang juga pelakon, Nadzmi Adhwa sudah banyak kali mengajaknya untuk ke fasa perkahwinan.
Namun dia akui menolak pelawaan tersebut kerana masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab.
“Dah beratus hint dia bagi untuk ajak saya kahwin tapi saya tak berikan jawapan kerana belum bersedia. Saya rasa masih banyak kekurangan saya. Bukan senang nak bergelar isteri.
“Sehinggalah selepas Aidilfitri yang lalu, SAYA sendiri yang merisik dia dan memberikan senaskah Al-Quran untuk dia fahami dan khatamkan,” katanya sewaktu ditemui oleh rakan media semalam di majlis akad nikah mereka berdua.
Bertempat di kediaman keluarga Ardell di Seri Kembangan, naskah Al-Quran yang sama dipulangkan semula oleh Nadzmi sebagai hantaran selepas dia tamat membaca dan memahami tafsiran kitab suci itu.
Sweet-nya!
*
Ardell dan Nadzmi sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz saja.
Selain naskah Al-Quran, Ardell juga menerima mas kahwin bernilai RM300. Masing-masing menyerahkan 2 dulang hantaran.
Untuk pengetahuan, mereka berdua telahpun mengenali diri masing-masing sekitar 8 tahun yang lalu. Sepanjang pengenalan itu, mereka dilihat saling menghormati peribadi pasangan dan tidak terlalu menonjolkan diri seperti pasangan lain yang hangat bercinta.
Kongsi Nadzmi, insyaAllah mereka akan mengadakan majlis resepsi pada bulan Oktober atau November kelak.
“Honeymoon…? Kami mungkin akan tunaikan umrah pada hujung tahun ini,” katanya”
Team REMAJA ucapkan TAHNIAH dan semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke Jannah!
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!